Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Sekitar Majlis Reunion pelajar SMK Sandakan batch 1971-1975







YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menghadiri Majlis Reunion bekas pelajar SMK Sandakan tahun 1971 - 1975 di dewan Pusat Rekriasi Indah Jaya batu 4 Sandakan.

ADUN Sukau keluar UMNO, BN.



KOTA KINABALU 1 Ogos 2018 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi ADUN Bebas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media petang ini, Saddi berkata, beliau mahu menjadi ADUN pembangkang bebas yang membina dan menjadi penimbang tara sesuai dengan suasana politik masa kini.
"Saya menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah untuk kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terlepas pandang dan diselindungkan Kerajaan Persekutuan.
"Saya ucap terima kasih kepada pemimpin tertinggi parti khususnya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman atas peluang diberi untuk mencurah bakti kepada rakyat di DUN Sukau sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hingga hari ini," katanya.