Sedang
menunggu jenazah saudara Kassim Bin Sanggi dirumahnya di Bukit Garam, Kinabatangan.
Dia buka saja sahabat tapi keluarga tempat membincang masa depan Sukau & Kinabatangan. Saya amat merasai pemergiannya. Ya Allah ampun kan dosa nya
& tempat dia bersama orang yang engkau rahmati & kasihi. Alfatihah..
Aameen.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Semoga tabah menghadapi dugaan
Pagi ini
menarima khabar musibah dan perasaan sedih dari pjkkk Kg Manggaris Batu Putih
rumah kebakaran melibatkan 2 keluarga di Kg Paris 1. Pn Maimun Binti Kahar dan saudara Yusof bin Awang Banjir. Saya telah melawat kedua dua ahli keluarga
pagi ini untuk menyampaikan bantuan peribadi dan kerjaan yg akan di berikan
kemudian, saya mohon supaya pegawai Daerah kinabatangan & pejabat kebajikan
mengambil tindakan segara untuk membantu kedua dua mangsa. Muda2an mereka
tabah..
Sumbangan untuk SMK Sukau, Kinabatangan
YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, menyampaikan sumbangan kerusi plastik kepada guru SMK Sukau dipejabat UPPM N.48 Sukau, Bandar Labuk Jaya Batu 7 Sandakan.
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPD Dis 2017
SANDAKAN 20 Dis 2017
Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Sabah Hotel Sandakan pagi tadi. Alhamdulilah idea saya
untuk pelan Rasionalisasi telah diluluskan oleh jemaah lembaga pengarah dalam mesyuarat yang lalu.
Kita mahu KPD bangkit daripada menanggung kerugian yang berterusan. Kita berharap
pengurus besar yang baharu boleh melakukan pelan Rasionalisasi ini dengan jayanya
& melihat hasil yang posotif pada suku ke-2 tahun 2018.
1800 pelajar terima manfaat Program CSR KPD - Saddi
SANDAKAN 19 Dis 2017 :
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah
sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan
dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan
kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Katanya, selain memberikan
peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang
dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti
memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus
diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.
“ Kita juga sedang mengembangkan
pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal
persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.
Beliau berkata demikian
menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah
Program CSR KPD Sabah, di Dewan
Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri
Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Al-Fatihah..
KOTA KINABALU 05 Dis 2017
Hari ini Kenduri Tahlil untuk Almarhumah Pn. Rahimah Hj. Yunus di Pejabat Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah merangkap ADUN N.48 Sukau. Memohon
kepada semua sahabat, ahli keluarga serta kawan-kawan semua, Marilah kita
sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada almarhumah Pn. Rahimah hj. Yunus yang juga Setiausaha Pej kepada Pengerusi KPD Sabah YB Datuk Saddi Hj Abd Rahman.. Al-Fatihah
Sesi bersama Belia Kg Paris
PARIS III 03 Dis 2017
Paris 4X4 Challenger anjuran bersama kelab belia
Paris dan kelab permotoran diesel Sabah dirasmikan oleh YB Datuk Saddi Hj Abdul
Rahman Adun N.48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD).
Langgan:
Catatan (Atom)