KG BILIT 29 Julai 2017 :
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengharapkan agar ramai pemain-pemain bolasepak yang berbakat dapat ditonjolkan dalam kejohanan Bolasepak Piala Datuk Saddi anjuran Badan JKKK Kampung Bilit.
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengharapkan agar ramai pemain-pemain bolasepak yang berbakat dapat ditonjolkan dalam kejohanan Bolasepak Piala Datuk Saddi anjuran Badan JKKK Kampung Bilit.
“ Walaupun
tidak sekarang, tetapi saya mengharapkan agar sejumlah pemain yang berpotensi
boleh dilahirkan bagi mewakili kawasan Sukau dan Kinabatangan.
“ Kalau
usaha itu boleh dilakukan, kita akan berusaha meningkatkan taraf penganjuran
kejohanan ini agar ianya boleh diterima menjadi sebuah kejohanan bolasepak yang
penting,” kata Wakil Rakyat Dun Sukau itu.
Saddi
berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala
Datuk Saddi di Padang SK Kampung Bilit pada Sabtu. Saddi
berkata, kejohanan bolasepak atas namanya itu telahpun diperbaiki berbanding
kejohanan pertamanya tahun lalu atas permohonan dikemukakan pihak penganjur
terlibat.
Tahun ini,
tegas Saddi, anjuran itu bukan saja diperbaiki dari segi
pengurusan dan hadiah-hadiah serta piala pusingan dan hadiah wang tunai. Tetapi juga jumlah penyertaan
kini bertambah melebihi 30 pasukan dari seluruh kawasan Dun Sukau.
“ Hari ini
saya juga melihat ramai pemain ini berusia bawah 20 tahun. Sudah tentu Ini
suatu perkembangan yang sihat dalam melahirkan pemain bolasepak yang berkualiti.
“ Tetapi
saya memberi jaminan, jika usaha penganjuran ini terus ditingkatkan terutama
penyertaannya, saya tetap tidak teragak-agak memberikan sokongan yang
lebih, demi kebaikan sukan bolasepak di kawasan ini,”
katanya.
Menurut
Saddi, telah ramai pemain bolasepak
sudah dilahirkan kawasan Sukau ke tahap negeri dan kebangsaan sehingga kini .
Antara Taip Amirbak dan Tahir Mastar yang beraasal dari Kg. Abai yang pernah
bermain untuk pasukan Kebangsaan di zaman 70an.
Selain itu, pemain seperti Azman Mastar dan Awang Hamid
telah bermain untuk pasukan Sabah pada pertengahan tahun 80a.
Pemain
seperti Ibrahim Mastar telah turut berjaya memimpin pasukan bolasepak bawah 15
tahun negara untuk menjuarai buat pertama kali,
Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asean di Indonesia lapan tahun lalu.