Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat Ramadan di
masjid Al-Taqwa, Taman Merpati & Rajawali Sandakan oleh YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Dasar pemangkin pembangunan pertanian Sabah
Majlis
pelancaran Dasar pertanian Negeri Sabah Ketiga(DPNS3) 2017-2026 oleh YAB DSP
Haji Yahya Hussin Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah Di Dewan
Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.
Ada hikmah disebaliknya
Alhamdulilah.,
selepas perasmian Masjid Tun Juhar pada hari jumaat lepas 19 Mei 2017. Saya sengaja
tidak memberi sebarang ulasan dalam wall fb saya mengenai ketetapan kerajaan
menangguhkan projek pembinaan Jambatan Ke-2 Sukau Kinabatangan yang telah dijelaskan YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dalam ucapan nya.
1. YAB Ketua
Menteri Sabah tidak pernah menyebut bahawa projek JK2 ini dibatalkan. Semua
hadirin yang hadir menunggu perkataan batal daripada mulut beliau sendiri,
walau pun ada di kalangan para media telah melaporkan dengan menggunakan
perkataan batal. Apa yang di kata oleh YAB KM hanya menyatakan bahawa kerjaan
akan mencari Jalan laluan alternatif atau cara lain bagaimana JK2 ini dapat
diteruskan pada masa yang akan datang, mengambil kira pertimbangan bahawa kedua
dua belah Pihak NGOs dunia dan rakyat sebagai stakeholder mendapat manfaatnya
bersama dengan formula win win situation bak kata pepatah menarik rambut dalam
tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.
2. Pada
peringkat perlaksanaan projek JK2 ini, agak malang sekali kerajaan telah membuat U-Turn seperti mana yang saya jelaskan pada perkara 1 diatas. Walau pun
projek JK2 tidak dapat diteruskan namun, berasaskan formula win win, saya telah
mencadangkan kepada YAB KM dalam ucapan saya memohon agar peruntukan JK2 yang
telah tersedia tidak ditarik balik oleh KKLW & MOF dan akan digunakan untuk
pembangunan infra rakyat di Pekan Baharu Sukau.
3. YAB KM telah
bersetuju dan menyokong sepenuhnya agar peruntukan JK2 RM73 juta di gunakan utk
projek-projek infra rakyat seperti berikut:-
- Membina jalan raya Pekan Baharu Sukau sejauh 5 km dengan kos RM25juta.
- Menaik taraf Jalan Suan Lamba Peringkat 2 sejauh 5.4 km dengan kos RM17juta.
- Membina Pejabat Daerah Kecil Sukau dengan kos RM7juta.
4. YAB KM juga
akan memberi pertimbangan yang sewajarnya atas cadangan saya menaik taraf pekan
Sukau menjadikan daerah kecil sesuai dengan hala tuju plan strategik pembangunan Pekan Baharu Sukau menjelang tahun 2020.
5. Laporan akhir
oleh pihak IDS @ Institue for Development Study Sabah telah juga saya serahkan
kepada YAB KM. Saya menaruh keyakinan & harapan yang tinggi sebelum tahun
2020 kerjaan BN yang menjadi tonggak harapan rakyat akan pasti membalas
kesetiaan rakyat kepada BN khusus di DUN Sukau yang tidak pernah kalah dalam
menghadapi PRU.
Saya berharap
rakyat di DUN Sukau akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN/Umno
yang diterajui oleh YAB DSP Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana
Menteri Malaysia diperingkat pusat & YAB DSP Musa Haji Aman sebagai Ketua
Menteri Sabah di peringkat Negeri.
Satu lagi janji ditepati kerajaan BN
Sinar Mentari Memancar Indah
Khazanah Hutan nampak Kehijauan
Masjid Yang Indah Terbina Sudah
Lambang kesatuan Dan Usaha Kerajaan
Pantun balas YAB
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah kepada YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman dalam ucapan rasminya sempena Perasmian
Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau.
Satu lagi mercu tanda pembangunan
yang membuktikan bahawa kerajaan yang
ada bukan sahaja mengutamakan pembangunan ekonomi dan fizikal semata-mata,
kerajaan hari ini juga amat menitikberatkan kepentingan pembangunan dalam aspek keagamaan serta kerohanian.
Masjid
bukan sahaja sebagai kemudahan ummat islam untuk beribadat dengan selesa secara berjemaah,
malah ianya juga menyediakan ruang tempat mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan
yang menjurus kearah pembudayaan ilmu dan perpaduan ummah.”
Pada masa sama, YB Datuk Saddi Hj
Abdul Rahman, ADUN Sukau dalam ucapan alu-aluannya, memohon agar
pembinaan jambatan kedua Sukau dipertimbangkan dan seandainya dibatalkan, beliau mohon
agar peruntukan yang
telahpun diluluskan itu dapat disalur kepada pembangunan infrastuktur Pekan Sukau, Pejabat
Daerah Kecil Sukau dan projek naiktaraf jalan Kg Rancangan Peringkat 2 Suan Lamba
yang bernilai RM42 juta keseluruhannya. Walaubagaimanapun, YAB Datuk Seri
memberi jaminan akan menyokong permohonan tersebut dan mempertimbangkan cadangan mewujudkanPejabat
Daerah Kecil Sukau di PekanSukau.
Dalam majlis ini juga, YB Datuk
Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan Laporan Kajian oleh Institute For Development Sabah (IDS) bertajuk Cadangan Pengwujudan Pusat Pentadbiran Baru (Daerah Kecil) Kawasan DUN N48
Sukau, Kinabatangan MenjelangTahun 2020 kepada YAB Datuk Seri. Selain itu antara
lain pengisian majlis, penyerahan sumbangan naskhah Al-Quran dan Surah Yassin.
Dulu, Kini Dan Selamanya
Hadir di ulang
tahun Umno ke 71 di Stadium Bukit Jalil. 7 dekad memperjuangkan bangsa. Selamat
ulang tahun umno ke 71.
Pencemaran air Sg Mumiang mendapat perhatian kerajaan
Mewakili YB Datuk Seri Panglina Haji Yahya Hussin Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian & Industri
Makanan Sabah merasmikan Program Kesedaran Kepentingan Penjagaan Kualiti Air
Sungai Mumiang bersama penternak ikan dalam sangkar penduduk Kampung Mumiang.
Program ini telah mendapat perhatian Jabatan Alam Sekitar Persekutuan &
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah ekoran Daripada perbahasan yang
saya bangkitkan di Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai kematian
Lebih kurang 7000 kg ikan ternakan di Kampung Mumiang yang dilaporkan tahun
lalu.
Alhamdulilah sudah mendapat perhatian kerjaaan khususnya Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. Semoga kes kematian ikan sangkar di Kg Mumiang ini dapat diatasi
oleh semua pihak termasuk pengusaha ladang & kilang kelapa sawit yang berhampiran
seperti kilang Melangking dalam kita menangani isu menjaga Alam sekitar kita,
supaya pendapatan rakyat yang bergantung harap pada sumber hasil sungai dapat dipertahankan..
Semoga dapat menerangkan malam yang kelam.
Datuk Saddi
Haji Abdul Rahman berkesempatan menyerahkan sebuah generator kapasiti 3000 Watt
kepada En. Hassan Gayung untuk keperluan menampung bekalan eletrik bagi 5 buah rumah di
Kg. Mumiang Kuala, Kinabatangan.
Tahniah!
YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, ADUN N.48 Sukau,
menghadiri undangan dan seterusnya menyempurnakan acara Gala Night SODOP UNDUK NGADAU Charity Dinner
2017 di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.Kotobian Tadau tagazo Do Kaamatan kepada semua.
Acara santai bersama YAB PM di Sandakan
Majlis Perasmian Sibuga Golf Club disempurnakan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir
YAB Ketua Menteri Sabah Datu Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Belia dan Sukan Sabah YB
Datuk Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan, hadir bersama YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN Sukau,
pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan
persekutuan
Membantu menyelesaikan Isu BELB Kg Litang Kinabatangan
Saya telah
memanggil dan mempengerusikan mesyuarat khas untuk membincang isu
berkaitan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kampung Litang, Kinabatangan oleh KKLW dibawah pelaksanaan oleh FELCRA Bhd. Dipejabat KPD, Kota Kinabalu pagi ini. Banyak perkara dibincang & insyallah bekalan elektrik ini akan dapat diselesaikan dalam masa
yang terdekat ini, sekiranya semua pihak dapat memberi kerjasama dalam mencari
jalan penyelasaiannya. Terima kasih, Pejabat Daerah Kinabatangan, SESB, FELCRA,
kontraktor dan konsultan
Langgan:
Catatan (Atom)