Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Congrats my lovely daughter..



#THATWOMAN the documentary film directed by Faezah Saddi had won FLICKS FIESTA SEA Film Festival award 2017 organized by KDU Penang University College, the best documentary film in South East Asia. Congratulations pija u deserve it..

Menghadiri taklimat ESSZONE dan ESSCOM



Hadir Majlis Taklimat Keselamatan ESSZONE dan ESSCOM yang hadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan dan Tugas Tugas Khas Malaysia. Di bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu.

Al-Fatihah..


Saya terasa sedih dan dukacita ibu susuan saya Allahyarhamah ibu Jannatun Binti Otu telah kembali kerahmatuallah kelmarin dan dikebumikan hari ini di Kg Perpaduan Batu putih, Kinabatangan. Semasa saya berumur lebih kurang 3 bulan emak tinggalkan saya bersama Allayarhamah selama lebih kurang 2 hari kerana emak terlantar sakit di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Allahyarhamahlah yang menyusukan dan menjaga saya. Bayangkanlah sekiranya ibu Jannatun tidak menyusukan saya..Hanya Allah saja yang tahu pada ketika itu. Saya mengajak rakan-rakan facebook sedekahkan Al-fatihah semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, beriman & dirahmati Allah ke jannah. 
Al-fatihah..

PUTERI pewaris bangsa dan negara




Majlis Pelancaran Jentera Puteri UMNO Negeri Sabah di Dewan Sri Libaran oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah..Tahniah Puteri Umno Sabah..

Selamat Hari Polis Ke-210


Hadir Road March band sempana Hari Polis Ke-210 tahun 2017 di Dataran Sandakan Harbour Mall Sandakan.. Tahniah PDRM. Jasamu kepada rakyat tetap disanubari kami..

Pembayaran dividen bukti KPD masih berdaya saing


Penyerahan dividen dan bayaran hutang Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah. Ini merupakan kali dua KPD berupaya membayar dividen kepada kerajaan. Ini bermakna KPD sudah dapat meningkatkan prestasi perniagaannya.

Satu lagi mercu tanda KPD terlaksana



Majlis Perasmian Borneo Honey Bee Centre di Sakuati, Kudat yang telah disampurnakan oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah mewakili YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin selaku Menteri merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Pusat Lebah Madu Borneo ini berperanan sebagai pusat informasi dan latihan kepada para penternak lebah madu disamping produk berasakan Agro Pelancongan di Sabah Dan Daerah Kudat khususnya.

Semoga bermanfaat untuk semua



Merasmikan Program Tahsinul Ibadah ( Kursus Penyembelihan) oleh Jabatan Kemas Daerah Kinabatangan, Tahniah kepada para peserta.