Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Masjid Tun Juhar Sukau, Kinabatangan Siap.



Hadir menyaksikan Majlis Serba Ringkas Penyerahan Kunci Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau oleh pihak pemaju kepada JHEAINS Kinabatangan seterusnya berjemaah bersama dengan lebih 600 orang pemimpin dan masyarakat setempat di sekitar Sukau menyempurnakan solat fardu jumaat. Alhamdulillah…Masjid Tun Juhar telah siap sepenuhnya, dan Insya Allah jika tiada aral Masjid Tun Juhar akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dalam masa yang terdekat.

Agensi kerajaan tidak proaktif jayakan pembangunan setempat




Kenapakah Jabatan kerajaan persekutuan seperti PDRM dan Jabatan Pendidikan masih terkapai-kapai mengenai Isu membabit permohonan tanah yang melibatkan Suruhanjaya Tanah Persekutuan? Di mana silapnya tanah yang diperuntukan kepada Jabatan ini yang telah tersedia ditapak pembangunan Pekan Baharu Sukau sejak Tahun 2009 lagi tetapi masih gagal Di pohon oleh jabatan-jabatan ini. Mengakibatkan projek cadangan balai polis serta Sekolah Rendah Pekan Sukau II tidak dapat dilaksanakan gara-gara kedua-dua Jabatan ini gagal mendapat persetujuan Suruhanjaya Tanah Persekutuan. Itulah antara isu penting yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau yang bermesyuarat pagi ini Di ibu pejabat LPPB Kota Kinabalu yang saya hadiri..

Semoga bahagia till Jannah


Jemputan dihadiri malam ini Majlis Resepsi Perkawinan adik Ramli KK Omar, anak ketua Kampong Batu Putih, KK Omar Abdul. Rasa seronok pula rasanya suasana perkawinan dikampung Teringat nostalgia kawin kampong sejak dulu-dulu. Saya ucapkan tahniah kepada kedua mempelai semoga bahagia dan kekal abadi..

Al-Fatihah..Allahyarham Yb Datuk Ustaz Haji Mohd Suhaili Haji Said



Menanti ketibaan jenazah allahyarham YB Datuk Ustaz Haji Mohd Suhaili Haji Said dikampung halaman beliau di Kg Segagan Tungku, Lahad Datu. Dijangka tiba di Tungku jam 11 pagi yang telah tiba di Airport Tawau jam 9.30 pagi tadi dari Kuala Lumpur.. Mudah,mudahan jenazah tiba Dengan selamat.. Al-fatihah.

Pembohongan ketara NGO




Jika diamati pelan pembangunan Jambatan Ke 2 Kinabatangan, dengan konsep dan reka bentuk mesra alam semula jadi dirangka berasaskan pemerhatian secara empirikal dan kajian menyeluruh yang menepati semua keperluan masa kini dan masa hadapan. Apa yang menjadi tanda tanya di setiap minda rakyat, mengapa NGO-NGO asing ini bermati-matian membantah pembinaannya. Mungkinkah faktor berikut penyebab kepada tindakan di luar kotak pertimbangan mereka.

KEPENTINGAN KEWANGAN, memacu kepentingan peribadi melebihi kepentingan umum dengan meletakkan kepentingan konservasi sebagai agenda utama bagi mengaburi serta mengalihkan pandangan serta minda masyarakat antarabangsa amnya, rakyat tempatan dan kerajaan khasnya. Hasrat untuk menguasai sektor penyelidikan, konservasi dan pelancongan ini bermula sejak 2 dekad lalu apabila mereka mula meneroka kekayaan biodiversity hilir Kinabatangan yang dilihat berpotensi besar jika dieksploitasikan dengan sebaik mungkin bagi tujuan meraih keuntungan.

Melihat kepada potensi ini mereka mula mengatur langkah serta perancangan rapi, bermula dengan mewujudkan rantaian hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan. Ini termasuklah meyakinkan agensi-agensi kerajaan berkaitan sehingga termetrai pelbagai MOU sebagai sekuriti kepada aktiviti yang bakal dijalankan. Menyatukan environtalis dan saintis tempatan serta pengusaha-pengusaha industri pelancongan yang berperanan selaku penyokong (back up), dan pihak ke tiga ialah: penderma (funder) dari kalangan pencinta-pencinta alam flora dan fauna (alam semula jadi) untuk mendapatkan sumber dana.

HUTAN pun sokong Projek Pembinaan Jambatan Sukau Kinabatangan diteruskan




Kunjungan hormat HUTAN - Kinabatangan Orang-utan Conservation Project (KOCP) yang diketuai pengarahnya Dr Isabelle Lackman dan Dr Mark Ancrenaz bersama beberapa kakitangan, dilihat sebagai suatu inisiatif kearah mewujudkan hubungan dan persefahaman serta kerjasama bilateral antara kedua pihak.

YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman yang menerima kunjungan tersebut dipejabatnya di Wisma Pertanian Kota Kinabalu, amat terbuka dalam perbincangan pelbagai isu yang menjurus kepada pembangunan seimbang. Dalam pada itu, HUTAN, sebuah NGO Perancis yang berpangkalan di Kg Sukau sejak lebih 20 tahun lalu dan bergiat aktif dalam konservasi hidupan liar dan alam sekitar terutama sekali orang utan menyatakan sokongan terhadap pembangunan infrastuktur untuk kesejahteraan manusia sejagat disamping meletakkan kepentingan konservasi sebagai asas pertimbangan dalam sesebuah pembangunan yang akan dilaksanakan.

Dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-2 Kinabatangan ini, kedua pihak bersetuju ianya memenuhi keperluan sejagat dan wajar diteruskan.

Kehadiran NGO perlu kajian semula, Kemana mengalirnya dana sumbangan?

Sebahagian daripada kampung di Sukau hanya boleh dihubungi menerusi laluan sungai Kinabatangan

[ADMIN] RM 84 juta yang telah dan bakal disumbangkan oleh Sime Darby (YSD) dilihat hanya memanfaatkan pihak NGO dan operator industri pelancongan dari luar yang mendominasi industri ini di Kinabatangan. Kenyataan ini berdasarkan fakta di mana mereka ini (para konservator alam sekitar dan hidupan liar, serta operator pelancongan) yang memulakan aktiviti sejak 20 tahun lalu telah berkembang-biak bak cendawan tumboh di musim hujan. 


Sejak itu puluhan juta atau mungkin ratusan juta ringgit telah disumbangkan oleh penyumbang-penyumbang dana dari dalam dan luar negara. Dan apa yang kita lihat pada hari ini, ekonomi penduduk tempatan khususnya kawasan sukau masih di tahap miskin dan sesetengahnya berkeadaan dhaif. Ramai anak muda dan warga kampung telah hijrah ke bandar termasuk bandar-bandar besar di semenanjung. 

NGO dan operator pelancongan tidak berupaya menampung serta memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan, pencemaran tidak dapat dibendung dan di tahap kritikal. Hasil-hasil sungai menghampiri kepupusan ditambah dengan populasi buaya yang semakin mengancam keselamatan penduduk. Perusahaan ikan dalam sangkar bagi penduduk pesisir pantai terjejas akibat limpahan toksik dari ladang-ladang kelapa sawit. Di Kg Sukau sahaja, lebih kurang 20 buah homestay yang berdaftar, kini tinggal hanya sebilangan kecil yang beroperasi dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Perkampungan tradisi suku kaum sungai di tebing-tebing sungai Kinabatangan semakin terhakis akibat kekangan demi kekangan. Keadaan ini menunjukkan kehadiran NGO-NGO ini perlu dikaji semula.

Bahana bila jambatan dan jalan tiada



Kg Tundun Bohangin 8 Mac 2017 :  Pagi ini, dalam keadaan hujan yang tak henti-henti dan laut bergelora seorang remaja tenat telah dibawa ke pusat rawatan di Bandar Sandakan untuk mendapatkan rawatan. Dalam keadaan cemas serta kesukaran untuk mendapatkan bot, dengan izin Allah SWT, mujur ada sebuah bot Jabatan Perhutanan berkuasa tinggi sedang ‘standby’ di Kulamba Field Centre yang berhampiran.


Terima kasih kepada Jabatan Perhutanan yang telah membantu, kita doakan semoga remaja tersebut cepat mendapat rawatan dan cepat sembuh.


Dalam konteks jambatan ke 2, jika ia terbina pesakit boleh dibawa ke pusat rawatan di Pekan Sukau dengan masa perjalanan bot hanya 10 minit ke Kg Sri Ganda dan 40 minit dengan kereta ke Pekan Sukau berbanding perjalanan bot ke Bandar Sandakan yang memakan masa sehingga lebih 4 jam.

Construction of Sukau Bridge, Kinabatangan.



Construction of the bridge is becoming more in tune with modernity in this era. This is because each of their respective countries to competing in implementing development that meets the needs of the population, but also appeal to other countries to come to this country. When a district has made progress in the development, it will be a landmark and an idol to other countries to develop and carry out diplomatic relations and investing that can benefit the people around Sukau district and to the development of the region itself. The bridge can be defined as the progress made in terms of infrastructure, economic, social, spiritual, and physical sustainability of a strip. From the point of view of the public construction of the bridge can be interpreted also as a transformation process of the backward areas into areas that developed and developing impact of urban growth, increasing population, increased economic activity, increased intensity of use, improved living standards and quality of life of the population. Therefore, this case shows the importance of a bridge in ensuring sustainable development in a particular Sukau zone. There are a variety of interests and advantages that may occur as a result of the construction of the second bridge Kinabatangan.

Construction of a second bridge Kinabatangan closely related to growth, change and development. Growth refers to sustained progress or improvement in terms of population, an increase in economic activity, increased density of land use and so on. Changes in the area is based on the expansion and development of natural areas such as forests and wetlands. When the population density increases, the need to develop housing causing developments region itself. It shows all aspects of growth, change and development when combined refers to the construction of a second bridge Kinabatangan. Therefore, the construction of bridges tend to focus on physical patterns and sustainable bridge. The bridge is more beneficial to the public interest and consistent with the increasingly rapid modernization.

The question is, why every development should always be sustainable? Sustainable development is a lot of positive impact on the area to ensure that human life is safe, comfortable and harmonious. Among the balanced physical development can also avoid the waste of resources that can ensure the continuity of supply of natural resources in the present and future through the effective use of land, reduction of non-renewable resources, natural resources and biodiversity conservation. In the event of uncontrolled development caused a lot of land area or fully utilized and thus the occurrence of extinction of natural resources and can hinder the use of in the future.

In conclusion, the sustainable construction of the bridge should also take into account the areas of social justice, basic human resource needs, public health, environmental awareness in terms of space and time. One way to achieve sustainable construction bridge is through regional economic health. Hence, economic activity, employment and poverty must be noted as well as trade becomes very important. Many are involved indirectly in sustainable development such as governments, businesses, educational institutions, media, youth, and others have a different view. This statement is very clear understanding and vision for sustainability is different for each person and need to work together to consult about the sustainability of the process of achieving sustainable bridge construction and how to contribute ideas. Some are interested in the preservation and protection of the environment, some are interested in the development of economic while others are interested in social development. Therefore, the authorities need to take drastic steps to design development to meet the demand of people who want an area that is safe, comfortable and secure as sustainable development for communities to prevent discomfort Sukau district.

Kakitangan awam jaga perilaku




Hadir di Majlis Perhimpunan Perdana YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bersama anggota perhidmatan awam negeri dan persekutuan tahun 2017 Di Auditorium Tun Ahmad Raffae Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah nasihat YAB Ketua Menteri Sabah, kepada penjawat supaya berintegriti, amanah & bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Yayasan Sabah sentiasa dekat dengan rakyat. Tahniah!!!


Dairi hari ini YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman sempat menghadiri Majlis Pelancaran Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat yang disempurnakan oleh YAB DSP Musa Haji Aman Ketu Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sabah bertempat di Dewan Sri Libaran, Sandakan.

Semoga UMNO akan terus kukuh dihati rakyat Sabah






Sekitar Majlis Makan Malam Wakil-Wakil rakyat UMNO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bersama YAB DSP Mohd Najib Tun Razak selaku presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia. Bertempat di bangunan UMNO Negeri Sabah.

YB Datuk Saddi melawat mangsa kebakaran di DUN Sukau


Berkesempatan meninjau keadaan dan memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg Paris 1, Kinabatangan. Semoga mangsa tragedi saudara Nasri Kipang tabah menghadapi dugaan Allah SWT dan mendapat hikmah di sebalik kejadiaan ini.