Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Majlis Korban Berkelompok 2016/1437H



Hari ini telah berlangsung “Majlis Korban Berkelompok 2016/1437H”  di Kg Gomantong Jaya Bersama  YB Datuk Saddi Haji ABdul Rahman, ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi KPD Sabah.

Dalam ucapannya YB Datuk Saddi mengingatkan, serta mengajak masyarakat agar dapat menghayati ibadah korban bukan sahaja pada setiap datangnya 10 zulhijjah, akan tetapi diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagaimana tuntutan dalam agama islam. Sehubungan itu, beliau mengucakan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang telah mengusahakan program majlis korban berkelompok ini dengan jayanya dan seterusnya mengajak seluruh JKKK agar dapat meningkatkan kerjasama dengan masyarakat di kampung masing2 untuk mengadakan program seumpamanya di masa akan datang. Majlis dianjurkan bersama oleh JKKK Kg Gomantong Jaya, JK Masjid Nur Iman Kg Gomantong Jaya dan KRT Kg Gomantong Jaya.

Selamat Menyambut Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Sabah 2016



Hadir di Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Sabah Dan road to maha tahun 2016. Disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di Dewan Sri putatan, putatan. Yang menarik perhatian Saya, salah satu penarima anugerah high achiever dari Kg Paris, Kinabatangan. Sdra Abdul Latif Bin Hamzah PJKKK Kg Paris 3, Tahniah!

Suasana Pelancaran Tamu Mingguan Pekan Sukau




Alhamdulillah…hari ini saya merasmikan Pelancaran Tamu Mingguan Pekan Sukau yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) bertempat di Dataran Tamu Pekan Sukau. Saya amat teruja dengan sambutan dan penyertaan peniaga-peniaga serta pengunjung yang amat menggalakkan, dan sungguh ia di luar jangkaan saya. Berkesempatan beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung, saya amat berharap agar kehadiran pada hari ini dijadikan sebagai pemangkin untuk meneruskan aktiviti ekonomi seumpamanya di minggu-minggu akan datang. Saya yakin dan percaya dengan bermulanya urusniaga tamu pada hari ini, ianya akan sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan penduduk…Insya Allah.


Syabas dan tahniah! Saya ucapkan kepada semua yang terlibat mengusahakan dan menjayakan program ini.