Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Suasana sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N.48 Sukau, Kinabatangan.

Alhamdulillah…saya bersyukur ke hadirat Allah SWT. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini berjalan lancar dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan dengan kunjungan para tetamu dari kawasan DUN N48 Sukau dan Pekan Kota Kinabatangan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang begitu ramai samada dari dekat atau jauh yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih tak terhingga kepada YB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Bendahari UMNO Puast dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, YB Datuk Samsudin Yahya, ADUN Sekong serta dif-dif kehormat yang telah sudi bertandang ke Dewan Seri Lamag, Kinabatangan. Terima kasih sekali lagi.

Bergambar kenangan bersama keluarga

Artis jemputan khas Kumpulan Carefree
Sebahagian tetamu yang hadir
Kumpulan Nasyid Al Kahfi dari Mukim Paris
Artis2 Ika Sharif bersama Zukh Zary 




Waspada tindakan hasut benci kerajaan - Salleh



KINABATANGAN 31 Julai : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan. Menurut beliau, pihak tertentu di luar negara itu berbuat demikian kerana cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi, sekali gus menyumbang kepada keamanan. 

"Mereka (pihak tertentu di luar negara) bersekongkol dengan kumpulan kecil di Malaysia meracuni pemikiran rakyat termasuk membuat tohmahan dan fitnah kepada Perdana Menteri.

"Ia bertujuan agar rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, di sini, hari ini. Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, mereka menggunakan media sosial dengan memberi gambar negatif untuk meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan. - 


Sumber BERNAMA


Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah




Suasana Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri & jemaah menteri negeri Sabah yang turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin & Toh Puan.

Iftar Ramadan 2016 bersama masyarakat DUN SUkau





Hari ini 01.07.2016, saya mengakhiri “Majlis Iftar Ramadhan 2016” bersama masyarakat kawasan DUN N48 Sukau dari golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan. Di samping berbuka puasa bersama-sama saya juga menyampaikan sumbangan yang terupaya untuk meringankan sedikit bebanan mereka menjelang Hari Raya.
Majlis pada hari ini diadakan di Masjid Daerah Sandakan bersama lebih kurang 600 orang golongan ini dari 15 buah kampung di pesisir pantai DUN Sukau serta masyarakat Zon Bandar Sandakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah, Pusat Zakat Sabah, UPPM N48 Sukau, MAN DUN Sukau, JKKK, Ketua-Ketua Kampung dan semua yang terlibat dalam penganjuran program ramadhan pada tahun ini.

Dan, sebarang kekurangan mohon dimaafkan. 
Terima kasih.