Membincangkan projek Jalan Sukau - Moresem termasuk membina Jambatan Ke-Dua Kinabatangan untuk dibentang ke mesyuarat Kabinet akan datang yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah. Mudah2an ada kejayaan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Sekitar Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Kg Sri Takala, Kinabatangan.
PROGRAM
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT ANJURAN JKKK KG.SRI TAKALA, disempurnakan oleh YB.
Datuk Saddi
Haji Abdul Rahman, ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi
Pembangunan Desa Sabah.
Antara Program Pengisiannya ;
1) YB.Datuk Menandatangani Plat Penamaan Semula Masjid kpd Masjid Ar Raudah
2) Penyerahan Geran / offer Tanah kpd sebilangan penduduk
3) Melawat Projek Pemasangan Paip Air
4) Melawat Tapak Dewan Sri Takala
1) YB.Datuk Menandatangani Plat Penamaan Semula Masjid kpd Masjid Ar Raudah
2) Penyerahan Geran / offer Tanah kpd sebilangan penduduk
3) Melawat Projek Pemasangan Paip Air
4) Melawat Tapak Dewan Sri Takala
Berita sekitar penyerahan bantuan CSR KPD di Kg Bilit, Kinabatangan.
YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Saddi, disamping Penyerahan Bantuan CSR daripada Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah berupa Beg & Pakaian Seragam Sekolah untuk pelajar dari SK.Kg.Bilit, Kinabatangan.
CTC manfaatkan rakyat - Saddi
KINABATANGAN 02 APRIL : Program Transformasi Kemasyarakat atau CTC
yang dicetuskan oleh Kementerian Kewangan bukan saja boleh diperkasakan di
kawasan Bandar tetapi di luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau,
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Beliau berkata, program berkenaan
bukan saja mampu memberikan penjelasan yang tepat kepada rtakyat berhubung isu-isu
semasa yang dihadapi negara, tetapi juga memberikan keutamaan kepada soal perkhidmatan
yang amat diperlukan rakyat berkaitan permintaan semasa.
“ Saya amat teruja apabila Daerah
Kinabatangan disenaraikan salah satu daripada enam program lawatan CTS yang
dilakukan di seluruh negeri ketika ini. Maka sudah tentu rakyat perlu mengambil
peluang bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan yang diperlukan demi kebaikan negara keseluruhannya, “ katanya.
Menyatakan perkara itu ketika merasmikan
Program CTC yang dianjurkan kementerian tersebut
di Padang Majlis Daerah Kinabatangan berhampiran Dewan Serbaguna Lamag di sini kelmarin,
Saddi berkata, program yang tuirut membabitkan penyertaan lebih 40 badan agensi
mewakili kerajaan negeri dan persekutuan itu hanya mampu dilaksanakan oleh kerajaan
yang stabil seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Langgan:
Catatan (Atom)