Saddi menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK Kampung Sri Takala, Rasid Rajak bagi tujuan program pembangunan Masjid Sri Takala di pejabat beliau di Bandar Labuk, Sandakan pada Selasa. |
SUKAU
27 OKTOBER : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul
Rahman menggesa pemimpin jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Sukau supaya
sentiasa mempastikan agar semua kemudahan ibadah bagi umat Islam itu terus
aktif melaksanakan tanggungjawab asalnya.
Pengerusi
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu menegaskan, masjid dan surau bukan
hanya berfungsi sebagai pusat menjalankan solat difardhukan tetapi berperanan
dalam mengembangkan pendidikan syiar Islam berasaskan fardhu ain dan fardhu
Kifayah.
“
Semua jawatankuasa masjid dan Surau perlu bersikap proaktif dan berinovatif
dalam menjalankan fungsi-fungsi masing-masing agar kedudukan masjid di
kampung-kampung di Sukau tidak terus berada dalam keadaan suram dan kosong,”
katanya.