SUKAU 29 SEPTEMBER : Hari
ini saya bersama pegawai-pegawai kerajaan dan swasta mewakili agensi-agensi
terlibat dengan pembangunan Pekan Baharu Sukau termasuk Pejabat Daerah, LPPB,
Jabatan Tanah, MDK, Jabatan Air, SESB, Jabatan Polis dan Jawatankuasa
Pembangunan Pekan Baharu Sukau melawat Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau bagi
penilaian akhir serta menentukan tarikh penyerahan kepada MDK selaku agensi
yang bertanggungjawab terhadap urustadbir pekan. Dan berkesempatan meninjau
tapak pembinaan Masjid Tun Juhar dan Pondok Polis Kg Sukau yang kini sedang
dalam rangka penarafan kepada Balai Polis Sukau.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Sederhana tetapi meriah...
SUAN LAMBA 27 SEPTEMBER : “Malam Ria Aidiladha dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mukim Suan Lamba 2015” berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya
seperti yang dijangkakan. Antara lain, mesej yang disampaikan oleh YB Datuk Saddi
Haji Abdul Rahman selaku ADUN Kawasan N48 Sukau, beliau menggesa agar
penganjuran program yang menggabungkan kepimpinan peringkat akar umbi seperti
JKKK dan Ketua-ketua Kampung seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang
oleh Pemaju-pemaju Mukim/Masyarakat bagi mengeratkan jalinan silaturrahim serta
mempertingkatkan kerjasama dari semasa ke semasa antara penduduk dan pihak kepimpinan,
di samping menyemai sifat toleransi kepada generasi ‘Y’ yang menjurus kepada
solidariti masyarakat dan pemimpin.
Dalam konteks sambutan perayaan yang dianjurkan
oleh gabungan JKKK Mukim Suan Lamba kali ini, selaras dengan tema sambutan
beliau yang juga Pengerusi kepada sebuah GLC negeri (KPD) menyeru agar sentiasa
mengingati serta menghayati signifikan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan
Nabi Allah Ismail AS dengan sejarah penubuhan negara bangsa Malaysia.
Sekitar perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kg Padas oleh Ketua Menteri Sabah
SANDAKAN 24 September : Mengiringi YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri
Sabah menunaikan sembahyang sunat aidiladha di Masjid Kg Padas, Rancangan Sg
Manila Sandakan & seterusnya merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di kampung itu.
Komitmen Pagi Ini..
KOTA KINABATANGAN 9 SEPTEMBER : Berkesempatan menunaikan tanggungjawab menghadiri dan membincangkan isu
kepenggunaan tanah dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah Kinabtangan (LUC).
Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan.
Sekitar Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Kemerdekaan Zon Sukau
Hari ini bertempat di Dewan Datuk OKK Hj Ugi, PPMS
Sukau saya bersama-sama sebilangan masyarakat wanita Kg Sukau dalam Majlis
Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Merdeka anjuran bersama Yayasan Sabah Zon
Pantai Timor Sabah dan UPPM Sukau.
Dalam majlis
yg serba sederhana ini dengan pengisian kursus fardhu kifayah pada sebelah
pagi, saya amat bersyukur dapat bertemu serta beramah mesra dengan sanak
saudara dan keluarga, di samping memberi penjelasan berhubung pembangunan
kawasan terutamanya pembinaan jambatan kedua kinabatangan yg dijangka akan
bermula pada awal RMK 11, juga isu-isu semasa yg sedang melanda negara.
Saya
berasa amat teruja dikelilingi oleh kaum wanita yg majoritinya ibu-ibu, makan
minum bersama dalam satu majlis kenduri kampung. Tahniah kepada pihak Yayasan Sabah yg diketuai oleh Puan Hajah Rusinah
atas usaha murni ini.
Isu dokumen pengenalan diri rakyat Dun Sukau yang bermasalah bakal diatasi
Hari ini menyempurnakan Majlis
Penyerahan Dokumen Pendaftaran Mahkamah Bergerak bagi rakyat kawasan DUN Sukau
kepada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat secara
langsung/tidak langsung dalam proses serta pengeluaran dokumen pengenalan diri
termasuklah JPN, Jabatan Kehakiman, Pejabat Daerah, MKN, Polis, JHEAINS, dan
Mahkamah Anak Negeri.
Pada sidang DUN April lalu, saya telah membawa isu pengeluaran
dokumen pengenalan diri yang menghadapi masalah, dalam perbahasan saya. Masalah terutamanya, mendapatkan
endorsement bagi pendaftaran lewat sijil kelahiran dari pihak mahkamah memakan
masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun. Dan saya menyarankan, suatu
mekanisme yang komprehensif perlu dicapai bagi mengurangkan apa sahaja kekangan
yàng telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan
seharian mereka.
Dianggarkan lebih kurang 2000 penduduk
tempatan di kawasan DUN Sukau menghadapi pelbagai masalah berhubung sijil
kelahiran dan pengeluaran MyKad. Sehubungan dengan majlis
ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Hal Ehwal Anak
Negeri kawasan Sukau dengan kerjasama UPPM Sukau yang telah menjalankan tinjauan serta pengumpulan maklumat sebagai langkah permulaan kearah mencapai matalamat
sifar masalah dokumentasi penduduk.
Langgan:
Catatan (Atom)