Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Rombakan Kabinet tindakan tepat



KOTA KINABALU 29 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sukau Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menyifatkan rombakan Kabinet Pusat yang diumumkan kelmarin sebagai tindakan bijak bagi memsatikan jentera kerajaan berjalan lancar.

Katanya, keputusan membuat rombakan adalah hak mutlak Perdana Menteri yang difikirkannya terbaik untuk rakyat dan negara keseluruhannya.

“Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri atas keputusan itu. Sudah tentu langkah ini yabg terbaik untuk semua” katanya, sambal berharap bahawa agenda pembangunan berjalan lancar, termasuk di kawasan luar bandar.

Saddi mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu.

Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkata, pemmpin dan rakyat akar umbi di Sabah sudah tentu menyambut baik penyusunan semua Kabinet itu. Katanya, melihat kepada gandingan pimpinan tertinggi yang dilantik jelas sekali ia merupakan satu pasukan yang cukup mantap.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya terus bersama-sama mengukuhkan perpaduan dan kesatuan yang sedia terjalin demi menentukan kelancaran agenda pembangunan yang dirancangkan.