Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Saddi gesa supaya pemimpin setempat supaya peka permasalahan penduduk



SUKAU 30 JUN - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman meminta semua kakitangan di bawah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan ini agar segera  mengenalpasti projek-projek pembangunan  di kawasan itu dan melaporkan mana-mana  kemudahan yang gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau menegaskan, semua kakitangan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu membuat pemantauan terhadap penyediaan pembangunan seperti rumah ibadat, dewan serbaguna, jalan kampung, kemudahan bekalan air dan elektrik bagi mempastikannya masih boleh dinikmati dengan baik.

“ Saya ada menerima beberapa aduan tentang beberapa kekurangan serta kerosakan projek pembangunan ini yang dialami di kampung-kampung. Malah ada diantaranya belum dapat dinikmati rakyat atas sebab yang tidak diketahui.

Salam Takziah





Salam Takziah buat keluarga Pengerusi JKKK Kg Manggaris, Batu Puteh, Kinabatangan. Allahyarham Saudara Hairin Bin Tangkala di atas kembalinya beliau ke rahmatullah kelmarin. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn..Al Fatihah. 

Lawatan mengejut ke tapak Masjid Tun Juhar dan Tamu Pekan Baharu Sukau




Lawatan mengejut ke tapak pembinaan Masjid Tun Juhar dan Tamu Pekan Baru Sukau. Alhamdulillah… pembinaan berjalan lancar, pembinaan masjid dijangka siap pada suku ke tiga tahun 2016, manakala tamu dijangka siap bulan September tahun ini.

Perjumpaan santai dengan rakyat di kawasan



Perjumpaan santai dengan sebilangan masyarakat Kg Koyak A dan para pemimpin Mukim Paris. Di kediaman pemaju Mukim Paris saudara Ranssa Wanna.

Program gotong royong di Masjid Nurul Ibnul Usra Wal'Jamaat





Sekitar gotong royong di Masjid Nurul Ibnul Usra Wal'Jamaat" Kg.Sri Tekala, Paris Kinabatangan.