SUKAU 30 JUN - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman
meminta semua kakitangan di bawah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
kawasan ini agar segera mengenalpasti
projek-projek pembangunan di kawasan itu
dan melaporkan mana-mana kemudahan yang
gagal memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau menegaskan, semua kakitangan
termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu
membuat pemantauan terhadap penyediaan pembangunan seperti rumah ibadat, dewan
serbaguna, jalan kampung, kemudahan bekalan air dan elektrik bagi
mempastikannya masih boleh dinikmati dengan baik.
“ Saya ada menerima beberapa aduan tentang
beberapa kekurangan serta kerosakan projek pembangunan ini yang dialami di
kampung-kampung. Malah ada diantaranya belum dapat dinikmati rakyat atas sebab
yang tidak diketahui.