Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah




Program kunjungan hormat Dan Suai Kenal lembaga pengarah KPD seterusnya menyerah cek rm3 juta bayaran hutang KPD kepada kerjaan Negeri kepada YAB Ketua menteri Sabah Datuk seri panglima musa haji aman di rumah kediaman resminya di seri Gaya Kota Kinabalu. Buat pertama kali Nya pehak KPD berupaya membayar komitmen kepada kerjaan Negeri.

Rumah PPRT menyembah bumi di Kg Buang Sayang, Suab Lamba



Perkampungan kecil nelayan ini dikenali dengan nama Kg Terusan Buang Sayang oleh penduduk sekitarnya. Dengan jumlah penduduk seramai +-65 orang serta bilangan rumah kediaman 11 buah termasuk 7 buah rumah PPRT dengan sebuah surau, perkampungan ini boleh dihubungi dengan melalui bot kurang dari 5 minit dari jeti Kg Buang Sayang.

Pada 15.05.2015 sekitar jam 9 pm sebuah rumah PPRT rebah menyembah bumi ketika air sedang pasang penuh menyebabkan 7 sekeluarga hilang tempat berteduh dengan sekelip mata.

Ketika kejadian, pemilik rumah Puan Nurah Tautu, seorang balu berumur 65 tahun bersama anak lelakinya, menantu serta 3 orang cucu berumur 1 tahun, 4 tahun dan 6 tahun baru sahaja selesai menyiapkan makan malam mereka apabila rumah tersebut dengan tiba-tiba senget sebelah dan air masuk ke dalam rumah.

Setelah bergelut beberapa ketika untuk menyelamatkan diri, mereka berjaya tanpa sebarang kecederaan ataupun kemalangan lebih buruk yang tidak diingini. Bagaimanapun beberapa barang keperluan tidak dapat diselamatkan, dan mangsa kejadian kini menumpang di rumah keluarga yang berhampiran.

Kelengkapan rondaan yang cukup mampu elak penculikan



SUKAU 16 MEI:   Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan penyediaan kelengkapan rondaan pasukan keselamatan khususnya polis dan tentera akan berupaya mempertingkatkan pengawasan keselamatan di kawasan perairan termasuk di dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau yang berhadapan Bandar Sandakan.

Beliau berkata, dengan adanya kelengkapan peralatan  diperlukan itu, ia bukan saja boleh menghalang sepenuhnya aktiviti penculikan sebagaimana yang pertama kali berlaku di Restoran Ocean King yang melalui kawasan perairan berkenaan, tetapi aktiviti penyeludupan barangan dan pendatang tanpa izin yang masih terbukti di kawasan Bandar Sandakan.

“ Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung dengan kekurangan peralatan kelengkapan rondaan di kawasan pintu masuk perairan Sandakan memang benar.

Buruh asing bermaharajalela di Gua Gumantong



SUKAU 06 MEI : Aktiviti pengambilan pekerja asing di Gua Gumantong di sini telah menjadi salah satu isu hangat pada Mesyuarat Mahkamah Anak Negeri Daerah Kinabatangan yang turut mendesakkan kerajaan negeri agar mengkaji semula sistem pengambilan buruh di bawah sistem tender penuaian sarang burung di gua berkenaan.

Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatangan, Abdul @ Madsaid Abdul Karim berkata, sistem tender secara terbuka dikendalikan Jabatan Hidupan Liar Sabah itu bukan saja telah jelas menafikan hak mata pencarian rakyat tempatan yang pernah berkerja di gua berkenaan secara turun temurun.

“ Tetapi sistem pengambilan pekerja secara bebas itu ternyata merugikan kerajaan dan rakyat kerana membuka peluang pekerjaan kepada buruh asing yang turut diragui dokumen kemasukan mereka ke negara ini.