Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

AirAsia belum pindah operasi ke LTAKK Terminal 1

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia belum meneruskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) Terminal 1 buat sementara waktu. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, syarikat terbabit masih ada beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan.

Selain itu katanya, AirAsia juga masih mengadakan rundingan dengan Malaysia Airports Berhad (MAB) bagi menyelesaikan isu berkenaan. "Arahan mengenai perpindahan ke Terminal 1 itu sudah dikeluarkan pada 15 Ogos tahun lepas dan mesyuarat terakhir antara kedua-dua pihak juga diadakan pada 24 Mac lepas. 

"Kita turut berhubung dengan kedua-dua pihak dan berusaha untuk memastikan apa juga keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan Kota Kinabalu dan negeri Sabah". Katanya menjawab soalan Datuk Saddi Hj Abdul Rahman (BN-Sukau) mengenai faktor kelewatan perpindahan operasi AirAsia ke Terminal 1.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM180,000 tahun ini untuk menaik taraf tapak Tamu Taginambur di Kota Belud. 

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, peruntukan berkenaan dijangka dapat dibelanjakan seoenuhnya tahun ini demi kepentingan para pengunjung Tamu Taginambur.

Sebelum ini jelasnya, sejak 2010 kerajaan melaksanakan beberapa projek dengan jumlah peruntukan lebih RM800,00 melibatkan pembinaan gerai, kerja naik taraf dan pembinaan jalan di kawasan tamu itu.



Sumber: Utusan Borneo