Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Kerajaan Barisan Nasional komited membantu golangan Orang Kelainan Upaya (OKU)

SUKAU, KINABATANGAN: Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, keseriusan Ketua Menteri yang mahukan setiap rakyat khususnya golongan daif diberi perhatian istimewa wakil-wakil rakyat menjadi satu kelebihan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini terus ‘berada’ di hati rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, ketegasan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman membela nasib golongan daif termasuklah kalangan masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar bandar,  menjadikan amanah dan tanggungjawab BN dapat ditunaikan dengan sempurna di negeri ini.

“Tidak ramai rakyat di negeri ini terlalu susah kehidupannya. Tetapi pihak kerajaan sentiasa ada waktu untuk memberikan bantuan dan kemudahan. Ia demi mempastikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini sentiasa hidup lebih selesa.

“Dan tugas inilah juga yang terus ditekankan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kepada semua wakil rakyat BN dan semua pegawai kerajaan supaya rakyat di semua kawasan, apa lagi kalangan OKU terus menerima pembelaan dan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Pemberian Bantuan Tangki Air dan Bakul Makanan kepada 100 orang penduduk terpilih mewakili empat mukim dalam Dun Sukau di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan di sini, petang kelmarin.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, Ketua Menteri memberi penekanan berulang kali berhubung pembelaan kepada masyarakat OKU dan golongan daif termasuklah ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BAKISA ke 20 baru-baru ini. 

Kata Saddi lagi, sebagai wakil rakyat yang terus diberikan amanah rakyat dan kerajaan, beliau sentiasa mencari jalan bagaimana mempastikan soal pembelaan kepada rakyat di kawasan ini dilaksanakan secara lebih berkesan.

Salah satunya, ialah meempastikan soal pemberian bantuan dan kebajikan rakyat di kawasan ini digariskan dalam perhatian khusus dikenali sebagai ‘Makmal Kebajikan’ yang bertujuan untuk mempastikan beberapa golongan seperti nasib ibu-ibu tungal, mayarakat Oku, anak-anak yatim dan mereka yang masih dalam keadaan daif mendapat pembelaan.

Katanya, makmal berkenaan yang gariskan menyerupai pengkhususan khidmat kerajaan pusat di bawah NKRA ( Langkah Keberhasikan Utama Kerajaan) adalah daripada lima makmal yang diwujudkan di dalam pentadbiran DUN Sukau meliputi Makmal Pembangunan, Tanah, Belia dan E Kasih.

“Hasilnya, sebahagian makmal ini yang merupakan satu ukuran Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) kami telah mencatatkan banyak kejayaan kepada rakyat kawasan ini termasuklah perhatian kepada golongan Oku, golongan daif dan mereka yang terabai dari segi khidmat kerajaan sebelum ini,” katanya,

Katanya, dibawah makmal tersebut, Unit Pembangunan Masyarakat Dun Sukau telah berjaya mengujudkan hubungan baik dengan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kinabatangan diketuai pegawainya, Encik Santos Bokara.

Katanya, kerjasama dua pihak itu telah dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat berkaitan soal kebajikan kepada golongan yang memerlukan di kawasan ini, berbanding sebelum ini beliau sendiri pernah beberapa kali cuba menemui pegawainya di Kinabatangan untuk membantu rakyat,  tetapi hampa.

Beliau mahu agar pendekatan yang diambil pegawai Jabatan kebajikan itu dapat dicontohi

Sehubungan itu Saddi mahukan semua pihak pimpinan JKKK, JKDB dan ketua kampung di dalam Dun Sukau supaya sentiasa membuat tinjauan dan memberikan laporan kepadanya berhubung perkembangan rakyat khususnya golongan rakyat memerlukan pembelaan di kawasan itu.

Beliau tidak mahu seperti kes pengabaian apalagi kepada kalangan Oku sebagaimana yang menimpa adik Mohamad Firdaus di sebuah rumah Pangsa di Nilai,  Negeri Sembilan yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di  sebuah bilik berlaku di kawasan ini.

“Malah saya terus mengharapkan para pemimpin akar umbi sebagai saluran terpenmting untuk memberikan perhatian dan pembelaan kepada semua rakyat.

Ia bagi mempastikan tanggungjawab kesemua lima makmal digariskan dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi faedah kepada rakyat Dun Sukau,” katanya.


“Anggaplah ini sebagai pengurus tuan-tuan. Seroang pengurus yang baik tentunya boleh menghasilkan produk dan sistem pengurusan terbaik. Maka saya sedia menyahut segala cabaran ini selagi saya diberikan amanah, apalagi dengan kerjasama dan sokongan rakyat,” katanya.