SUKAU 22 Jan - Datuk Saddi Haji Abdul
Rahman menegaskan, rakyat di kawasan ini tidak perlu melayani dakwaan yang cuba
digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kononnya projek
pembangunan dicadangkan di Tapak Pekan Baharu Sukau hanya sebagai ;janji kosong’
kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan menjadi kenyataan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, dakwaan
sedemikian hanya bertujuan untuk
memesokongkan pemikiran rakyat supaya menolak sokongan kepada kerajaan, selain
cuba memburukkan perananya sebagai wakil rakyat yang telah berusaha merancang
projek pembangunan tersebut sehingga mendapat pengiktirafan kerajaan.
“Tidak perlulah melayani hujah-hujah pihak teretntu apalagi jika
mereka ini dari kalangan pembangkang kerana Kerajaan BN sudahpun mula
menunaikan tanggungjawab mengisi pembangunan di Tapak Pekan Baharu Sukau,
Bandar Bio Diversiti ini secara berperingkat-peringkat.
“Pada saya secara peibadi, semakin mereka (pihak tertentu)
memberikan komen-komen negatif terhadap masa depan pembangunan di sini, maka
saya semakin berkerja keras untuk mempastikan kebaikan rakyat di kawasan ini
yang masih jauh ketianggalan mendapat pembelaan,” katanya.