SUKAU:
Tapak Pekan Baru Sukau di sini bakal diduduki kediaman rakyat berkonsepkan rumah mampu
milik apabila Korperasi Pembangunan
Hartanah Putrajaya Berhad menawarkan pembinaan 1,000 unit rumah teres di bawah
Program Perumahan 1Malaysia (Prima) di sini dalam tempoh terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini,
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kediaman berkonsepkan rumah teres
dikhususkan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana itu
dijangka dibina selewat-lewatnya tahun depan sekiranya urusan memulakan projek
itu mengikut jadual.
“Saya begitu teruja dengan perkembangan
dan cadangan Korperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad brthubung projek
ini. Apalagi saya dimaklumkan bahawa program perumahan Prima ini adalah yang
pertama dilaksanakan korperasi ini di Sabah".
“Saya juga dimaklumkan, sejumlah lagi
kemudahan perumahan berkonespkan mampu milik akan diwujudkan di kawasan
perkampungan berasaskan permintaan dan kemampuan penduduk".