PARIS, KINABATANGAN: Usaha
menggerakkan pembangunan pembangunan serta pendekatan menangani pelbagai
masalah serta kemuskilan rakyat di kawasan in diperhebatkan menerusi penubuhan
sebuah Jawatankuasa Bertindak Kampung Paris di sini baru-baru ini.
Pengerusinya merangkap Pemaju Mukim Paris, Japar Yusup berkata,
jawatankuasa tersebut yang diletakkan di bawah Unit Tindakan Pimpinan
Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sukau berperanan memberikan khidmat berkesan
dengan mempastikan segala keperluan dan rungutan rakyat di semua tujuh kampung
dalam mukim itu dapat diselesaikan pada masa singkat.
Katanya, antara anggota jawatankuasa badan bertindak itu melibatkan
semua tujuh orang Pengerusi JKKK yang terdapat di mukim tersebut iaitu Ransa
Wanna (Kg. Koyah) Timbalan Pengerusi
merangkap Pengerusi Biro Agama, Zulhaby Haji Tujuh (Kg. Paris 1) Setiausaha
merrangkap Pengerusi Biro Kebudayaan, Mohamad Hambali Darum (Kg. Paris 2)
Makmal Pembangunan, Abd. Latif Hamzah (Kg. Paris 3) Makmal Kebajikan, Haji
Ahmad Kembali (Sri Takala) Makmal Tanah, Ramli Ahmad (Koyah B) Makmal Belia dan
Mahmusa Jamaludin (Koyah Bersatu) Makmal E Kasih.