PARIS, KINABATANGAN : Lebih 500 pelajar dan 34 orang guru di sebuah sekolah menengah di
sini terus berhadapan kesukaran menunaikan pengisian tanggungjawab apabila tiga
belas isu meliputi kekurangan kemudahan ‘menjejaskan’ pencapaian pendidikan
rakyat kawasan luar bandar itu sejak 12
tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman
berkata, salah satu yang terpenting dihadapi pelajar dan guru SMK PARIS ialah gangguan
bekalan tenaga elekrik menyebabkan tugas-tugas menyediakan sistem pembelajaran
terancang, sistematik dan bermutu tinggi tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
“Ketidakstabilan bekalan ini menyebabkan pelbagai keperluan seperti
penggunaan komputer sekolah, sisten pendua (photostat mechine), sistem
komunikasi, bilik makmal, selain alat penghawa dingin semua guru, kipas siling
dan sebagainya tidak berfungsi dan kerap menghadapi kerosakan,” katanya.
Menyatakan perkara itu sewaktu dikunjungi sekumpulan guru dan
anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK (PIBG) PARIS di pejabatnya di sini pada
Sabtu, Saddi bekata, semua pengakuan
berhubung masalah itu disampaikan Pengetua SMK Paris, Puan Wanihim Othman dan
Yang Dipertuanya, Ardain Suradi menerusi satu laporan terperinci kepadanya.
Kata Saddi, kedua-dua pihak mengakui ketidakstabilan bekalan
.elektrik, diikuti kemudahan asas lain telah berperanan menjejaskan preastasi
sekolah menengah itu sejak beroperasi secara menumpang di bangunan sekolah
rendah SK PARIS, berhadapan jalan utama Kinabatangan-Lahad Datu itu12 tahun
lalu.