Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Pembangkang sudah 'bengkrap politik'




Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, penyertaan ramai bekas calon parti pembangkang termasuk Pakatan Rakyat ke pangkuan Barisan Nasional (BN) menunjukkan parti yang sudah menjadi pilihan sekian lama rakyat ini mendapat keyakinan besar rakyat  dalam Pilihanraya Umum (PRU 13) ini.

Sebagai contoh, katanya,  penyertaan seperti  bekas Calon PAS Dun Sukau sebelum ini, Pangiran Roslan Pangiran Damsah, bekas calon Bebas, Haji Ghani Kosui diikuti saudara Nasrah dan Adisah, yang kedua-duanya abang dan adik kepada bekas calon PAS di sini, Haji Ahdah Sualiman sebahagian bukti itu.

“ Segala tindakan ini  menunjukkan BN terus menjadi  wadah pilihan rakyat kawasan ini dan negara amnya. Kerana rakyat tidak lagi yakin dengan perjuangan parti-parti pembangkang di negara ini yang menyebabkan mereka cabut lari.

“ Tidak ada jaminan yang boleh diberikan parti pembangkang baik Parti Keadilan, Parti Pas ataupun parti Star kepada rakyat termasuk di kawasan ini.,  “ katanya.

Berucap kepada lebih 300 orang pengundi di Kampung Sukau, sempena program kempen jelajah BN membabitkannya bersama calon Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di  sekitar kawasan ini, Saddi berkata semua calon pembangkang kali ini sudah ibarat ‘ bankrap politik’ kerana tidak ada isu yang boleh mereka perluangkan, mampu mengatasi perjuangan BN selama ini.

Saddi Berkata, selain sejak merdeka lenbih 50 tahun lalu, pembangunan kawasan Kinabatangan termasuk Dun Sukau jelas dilakukan oleh pemimpin BN seperti menerusi khidmat  Datuk Bung Moktar Radin dan beliau  sendiri yang diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat kawasan itu lima tahun lalu.

“ Tidak ada tangan-tangan ghaib daripada pembangkang mampu melakukan peranan itu, apalagi menafikannya. Melainkan bila tiba pilihanraya calon dan pengikut pembangkang pembangkang ‘masuk kampung’ ke kawasan ini dengan sanggup memburuk-burukkan pemimpin, pembuat pembohongan besar serta fitnah kepada rakyat, malah sedia  memecahbelahkan perpaduan yang ada demi kepentingan mereka,” kata Saddi.

Tegas Saddi, tindak tanduk pembangkang termasuk mereka mewakili calon bebas sudah sebelium ini sudapun dikesan rakyat yang pastinya mengekalkan sokongan padu mengundi BN para hari penentuan PRU 13 ,  5 Mei ini.

Sementara itu, Bung Moktar ketika menyampaikan ucapannya di hadapan lebih 200 masyarakat pengundi luar Kinabatangan di Taman Mega, Batu 7 Sandakan menegaskan,  rakyat tidak harus lagi menyokong calon-calon pembangkang kerana mereka terbukti tidak pernah berjasa memajukan rakyat.

“ Cuma saya hairan,  begitu kuat di lihat sokongan rakyat kepada BN pada pilihanraya umum lepas, masih ada pengundi Kinabatangan menyokong pembangkang. Apakah pengundi berkenaan memang salah mengundi,  atau sengaja menyokong calon yang tidak pernah berjasa kepada rakyat,” soalnya.

Bagaimanapun Ahli Majlis Kerja  Tertinggi Umno itu menggesa supaya rakyat tidak lagi berbuat demikian pada pilihanraya kali ini, demi kedaulatan masa depan bangsa, agama dan negara ini  yang sudah dipertaruhkan dalam PRU ke 13.

“ Kata orang,  bila kita berjuang, kita hendaklah  jujur dan ikhlas baik kepada Umno dan BN. Tapi jika  awal-awal lagi kita sudah berpaling tadah, dalam hukum Islam pun ianya dianggap sebagai ‘dayus’.  Dayus ini manknanya kita tidak lagi boleh menicium bau syurga’. Tetapi itu diakhirat,

‘Di dunia ini, kesannya juga memberi makna kita sudah sanggup mengadai masa depan bangsa, agama dan negara ini, semata-mata atas kepentingan diri kita,” kata Bung Moktra.

Kita berucap di Sentosa Jaya, Nasrah yang merupakan bekas guru sekolah rendah menasihat rakyat di kawasan ini supaya tidak tersalah pilih, sebaliknya terus memberikan sokongan padu kepada kesemua calon di Kinabatangan, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, Datuk Bung Moktar selaku calon Parlimen Kinabatangan dan Masiung Banah di Kuamut.

“ Sebagai bekas guru dan kakitangan kerajaan,  saya merasakan jelas rakyat masih masih tidak ada pilihan melainkan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional dan ianya harus diterjemahkan pada 5 Mei ini,” katanya.