Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Persefahaman pemimpin bukti keutuhan BN Kinabatangan - Saddi




Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, Datuk Bung Mokthar Radin dan Masiung Banah masing-masing sah sebagai calon Barisan Nasional (BN) mewakili Dun Sukau, Parlimen Kinabatangan dan Dun Kuamut, menghadapi pertandingan tiga hingga empat penjuru menentang parti-parti pembangkang di sini pada pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 kali ini.  

Ketiga-tiga calon BN berkenaan yang jalan berpimpin sejauh 1km dengan menyanyikan Lagu’ inilah Barisan Kita’ tiba di pusat pencalonan tepat pukul 9.00 pagi di  Dewan Serbaguna Sri Lamag, diberi tepukan gemuruh lebih 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mewakili kawasan itu.

Walaupun kawasan penamaan calon itu dikawal ketat pihak polis serta diawasi kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun Saddi, Bung Mokthar dan Masing tidak melepaskan peluang untuk berjabat tangan dengan para penmyokong BN yang berhimpun 50 meter daripada perkarangan dewan sejak awal pagi.

Sebaik saja penyerahan borang pencalonan oleh semua calon yang bertanding di tiga kawasan tersebut, Pengurus Pilihanrayanya, Arisin Haji Arifin tepat pada pukul 11.00 pagi mengumumkan bahawa Saddi yang mendapat nombor terawal sebagai calon kawasan Dun Sukau akan ditentang oleh tiga calon lawan iaitu Juhari Perutai mewakili Parti Star, Aprin Muhsin (SAPP) dan Haji Ahdah Sulaiman (PAS).

Bagi kawasan Parlimen Kinabatangan, Bung Mokthar Radin ditentang oleh Abdul bin Abdullah Sani (PKR), Yambuya @ Cyril Perantis  (Star) dan Haji Latif Taha (Bebas).

Masing turut menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kawasan Kuamut apabila beliau ditentang oleh Calon PKR, Mustapha Tambuyung dan Edward Puduk  mewaili Star.

Sebaik saja keluar daripada pusat penamaan calon itu pada kira-kira pukul 11.30 pagi, ketiga-tiga calon kemudian dijulang oleh para penyokong BN yang sedia menanti mereka di luar pagar dewan sambil  melaungkan berkali kali ‘hidup Barisan”.

Sementara itu dii markas BN Parlimen Kinabatangan, Saddi menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para para pemimpin BN pusat dan Negeri kerana masih memberikan kepercayaan kepadanya sebagai calon PRU 13 di kawasan itu.

“ Pertamanya, saya secara rasmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Demikian juga kepada Pengerusi BN Sabah yang juga merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 

“Sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh ketiga-tiga pemimpin BN pusat dan negeri ini telah mempastikan saya bertanding dalam PRU ke 13 seterusnya dapat tampil kembali memperjuangkan segala aspirasi dan tuntutan kemajuan rakyat di kawasan Dun Sukau,” katanya.

Kata Saddi, beliau akan mempastikan skongan dan kepercayaan para pemimpin tertinggi berkenaan mampu memberikan kebaikan yang besar kepada rakyat terutama dalam mempastikan kemajuan ekonomi dan pembangunan di kawasan ini setanding dengan pencapaian dan kemajuan daerah-daerah lain di Sabah.

“ Saya terus menyampaikan kepada rakyat di kawasan Dun Sukau bahawa kita mampu mencapai banyak kemajuan dalam segala bidang selagi kita terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional,” katanya.

Katanya, pihak pembangkang apalagi gabungan parti melibatkan PKR, DAP dan PAS tidak mampu berbuat demikian apalagi di negeri ini kerana mereka bukan saja tidak mempunyai pengalaman untuk memajukan negara, tetapi perjuangan mereka tidak diterima oleh rakyat Sabah.

“ Namun begitu mari kita buktikan semula bahawa kesemua parti berkenaan tidak akan mendapat tempat di hati rakyat  di kawasan ini dengan terus memberikan sokongan padu kepada BN yang menyebabkan semua calonnya hilang deposit undi sebagaimana keputusan diraih pada PRU ke 12 lepas,” kata Saddi.

Datuk Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Kinabatangan dalam ucapannya menegaskan semua jentera BN akan bekerja keras bagi mempastikan ketiga-tiga kawasan pilihanraya itu terus milik BN dalam PRU ke 13.

Bagi segelinitir jentera BN yang masih berada di kawasan bandar, katanya, harus turun ke kawasan masing-masing bagi mempastikan semua kubu BN di Parlimen Kinabatangan Dun Kuamut dan Dun Sukau terus mempunyai persiapan yang tinggi menghadapi PRU ke 13.

“ Saya mengarahkan semua anggota jentera BN agar masuk ke kawasan bagi mempastikan segala persiapan seperti pemasangan poster-poster calon BN, diikuti bendera dan apajuga keperluan jentera BN dapat dipersiapan sebelum tarikh mengundi dalam PRU 13 pada 5 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, Masiung Banah yang menyifatkan dirinya sebagai adik bungsu di kalangan ketiga-tiga calon BN itu turut yakin kawasan Dun Kuamut akan mampu mempertahankan kemenangannya sebagaimana yang diraih pada tahun 2008.