Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

"AKU JANJI BN" memberi keselesaan serta keharmonian kepada rakyat

Adik calon PAS, Adisah mengambil peluang bergambar dengan Saddi, Aklee dan Azman dalam siri kempen BN di Batu Putih


Calon Barisan Nasional (BN) kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, semua isi kandungan Aku Janji BN yang dilancarkan di peringkat pusat dan negeri mampu memberi keselesaan serta keharmonian kepada kehidupan rakyat semua kaum khususnya di Sabah.

Beliau berkata, Aku Janji dalam Manifesto BN yang semestinya mampu ditunaikan berdasarkan rekod perkhidmatan kerajaan dihormati rakyat itu, tidak akan mempersia-siakan harapan pengundi termasuk mewakili Dun Sukau dan Kinabatangan.

“ianya bukan setakat berbeza dengan manifesto pembangkang yang ternyata satu pakej pembohongan besar-besaran kepada rakyat selepas PRU ke 12.

“Tetapi tindakan pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR) terus dikecam dan dikutuk rakyat sepertimana berlaku di Selangor,  rakyat negeri itu sudah sepakat menyaman kerajaan pembangkang yang terbukti tidak bertanggungjawab  serta  gagal menunaikan segala janjinya sesudah diberikan mandat memerintah negeri itu,” katanya.

Berucap ketika memberikan ceramah Pilihanraya di Kampung Batu Putih, kurang 100 meter daripada kediaman  serta Markas Pilihanraya calon PAS kawasan itu, Haji Ahdah Sulaiman, Saddi berkata, kegagalan perkongsian parti dalam PR itu dalam memberi khidmat kepada rakyat adalah antara lain kerana percakaran di antara pucuk pimpinan PAS, PKR dan DAP yang menjadi anggota pakatan itu.

Tindak tanduk berpolitik itu, tegas Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu, tidak sepertimana yang berlaku di dalam BN yang menunjukkan para pemimpin di dalamnya bukan saja sentiasa sepakat dan berpadu dalam menunaikan segala tanggungjawab membela rakyat.

“Tetapi yang jelas para pemimpin semua parti di dalam BN boleh menyuarakan pandangan serta kerjasama bagi mempastikan program perkhidmatan kepada rakyat memenuhi segala aspek dan perancangan agar segala penyediaan itu melibatkan sosioekonomi dan tuntuntan pembangunan bernilai jangka panjang,” katanya.

Katanya, pengalaman serta kekuatan BN memerintah negara termasuk Sabah lebih 50 tahun lalu,  tegas Saddi,  mampu mengenalpasti apa juga kelemahan yang berlaku, tetapi keutamaan rakyat termasuk di luar bandar tidak pernah diabaikan agar mereka juga menjadi penyumbang kepada negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

“Segala kekukuhan yang ada BN inilah pada saya, menjadi pernilaian utama rakyat untuk terus mempastikan kerajaan ini meneruskan khidmatnya kepada rakyat selepas PRU ke 13,” kata Saddi.

Tambah Saddi lagi, kehadiran adik kepada Haji Ahdah, iaitu Adisah Sulaiman ke dalam program-program ceramah BN, malah telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Putih, meyakinkan beliau bahawa BN kawasan ini akan mendapat majoriti lebih besar dalam PRU ke 13.

“ Kalau sudah beliau (Adisah) berada bersama-sama kita, apalagi kita risau. Ini menandakan suatu kemenangan besar untuk kita. Kerana saya percaya dan yakin orang seperti mereka ini telah dapat menilai antara ‘kaca dan permata’. Mereka melihat, menikmati serta amat yakin dengan sumbangan dan kekuatan kerajaan BN selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, mantan wakil rakyat Dun Sukau, Datuk Aklee haji Abbas meminta rakyat di kawasan ini agar menilai PRU ke 13 secara matang, demi kebaikan dan masa depan kawasan itu.

“Kita ibaratlah parti-parti yang bertanding seperti merasa ‘antara daun sayur dan daun rumput’.  Walaupun kedua-duanya jenis tumbuhan, kebaikannya tidak sama untuk makanan manusia.

“Kalau kita sudah merasakan apa yang disajikan kerajaan BN sekian lama itu baik dan berfaedah untiuk kita, apa pasal pula kita menyokong calon pembangkang yang kita belum tentu sejauh mana kebolehan dan keupayaannya,” kata Aklee.

Kata pemimpin veteran itu, masa ini adalah baik untuk beliau berehat sesudah empat panggal menjadi wakil rakyat Dun Sukau serta menjadi Pembantu Menteri dalam kerajaan BN.

“Tetapi kerana mahu membalas jasa kerajaan Barisan Nasional kepada saya, apalagi Datuk Saddi ini keluarga saya dan pernah pula menjadi orang kanan saya, saya turun berkempen bagi mempastikan rakyat membuat pilihan yang tepat dalam PRU ke 13,” katanya.