Keadaan semasa menyampaikan ceramah politik di rumah salah seorang penyokong BN |
Calon Barisan Nasional (BN) Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul
Rahman menegaskan, usaha rakyat kawasan
ini meraih pelbagai program pembangunan termasuk
memiliki pusat pentadbiran daerah sendiri pada masa depan, menerusi sokongan padu terus diberikan kepada
Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kali ini.
Beliau berkata, usaha rakyat di kawasan ini mencapai status
negara maju, hanya tujuh tahun dari sekarang boleh dilakukan menerusi pelbagai
perancangan rapi kerajaan termasuk mendapat kerjasama padu rakyat mampu menjadi kenyataan, menerusi niat murni itu. “
Kita mempunyai masa
yang terlalu singkat untuk mencapai kemajuan itu. Tetapi kerjasama yang luhur
kepada sebuah kerajaan yang kuat seperti BN, kita pasti semua impian penting ini menjadi
kenyataan,” katanya.
Berucap dalam satu perjumpaan bersama masyarakat pengundi di
Kampung Tanjung Aru di sini, sempena program jelajah beliau bersama calon
Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di kawasan persisiran Pantai Dun
Sukau itu, Saddi berkata, BN sudah melakarkan banyak kemajuan di kawasan ini
yang memberi petunjuk kukuh bahawa harapan
besar rakyat itu dapat ditunaikan.
Turut serta dalam program itu ialah mantan Adun Sukau, Datuk
Dr. Zaki Gusmiah, Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan yang juga Timbalan
Pengarah Pilihanraya Dun Sukau, Azman Mastar.