Kenangan…. Sebahagian daripada 80 ahli PKKPTS bergambar dengan Saddi bersama-sama Arisin dan Titing Bulah |
Saddi menyampaikan cek RM2,000 sebuah sumbangan kepada persatuan itu, diikuti oleh sumbangan peribadi Arisin sebanyak RM500 untuk menjayakan aktiviti persatuan itu |
Saddi memotong kek bersama pemimpin kelak kereta pantai Timur serta Arisin, Titing Bulah sempena setahun penubuhan persatuan belia itu |
Saddi memberi pujian selepas memerhatikan bahagian dalaman salah sebuah kereta milik salah seorang ahli PKKPTS |
Datuk Saddi Haji
Abdul Rahman berkata, golongan belia
merupakan kumpulan yang paling wajar menjelaskan rakyat tentang kebaikan dan
keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN)) membela rakyat berbilang kaum serta matlamat memajukan
negara ini.
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Sukau itu menegaskan, sebagai kumpulan yang bakal
mendominasikan kepimpinan negara pada masa depan, kumpulan itu harus
menyampaikan secara tepat kemampuan dan keberhasiilan kerajaan BN memberi
keselesaan kepada rakyat, termasuk meletakkan negara sebagai pemain utama dalam
segala bidang di peringkat global.
“Negara hari ini
amat memerlukan ketrampilan adik-adik. Apalagi mereka mereka yang berpendidikan,
mencaburi banyak bidang seperti ekonomi, menjadi kakitangan kerajaan serta
swasta agar rakyat yang sebahagiannya belum begitu memahami situasi dan cabaran
dihadapi negara, tidak terus dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab.
Berucap
merasmikan Majlis Sembang Bersamsa Pemimpin
sempena Pelancaran Persatuan Kelab Kereta Pantai Timur Sabah (PKKPTS) di
Ruang Legar Rumah Rehat di Bukit Garam Kinabatangan, Saddi berkata, golongan
belia yang memiliki pelbagai kemampuan di daerah ini berhak untuk membantu
kerajaan menyampaikan mesej sedemikian secara total sebelum Pilihanraya Umum (PRU)
ke 13.
Saddi yang juga
Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu berkata, golongan itu sekaligus boleh menjelaskan terhadap segala
tindak tanduk pihak parti pembangkang, termasuk sanggup memfitnah para pemimpin BN serta memburuk-burukkan
keupayaaan kerajaan.