Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Pelbagai nikmat pembangunan dikecapi rakyat bukti keprihatinan BN

Datuk Bung Moktar Sampaikan bantuan kerusi roda kepada ketua cawangan Umno Tanjung Aru, Abdillah Janan yang sedang sakit, disediakan oleh Adun Sukau
Bung Moktar diberi penghormatan Saddi sampaikan meter air kepada Pengerusi JKKK Tanjung Aru, Haji Ismail Ahmad
Bung Moktar dan Saddi sampaikan BRIM



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan Barisan Nasional di negara ini sekian lama menguasai kecekapan, ketelusan dan keadilan memberi khidmat serta  bantuan kepada rakyat yang membawa punca  pengaruh pembangkang terus ditolak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata,  polisi serta azam BN yang terus dipertingkatkan menjayakan tanggungjawabnya, meletakkan kerajaan itu akan terus menjadi pilihan rakyat pada PRU ke 13 ini.

“Perhatian ini sedaya upaya saya bawa kepada rakyat di Sukau. Rakyat  kawasan ini sepatutnya merasa bertuah dan bangga kerana mereka dan saya sebenarnya memiliki sebuah kerajaan yang kuat untuk terus menyalurkan peruntukan pembangunan serta pembelaan yang diperlukan.

“Rakyat Kinabatangan ini juga harus bangga kerana kita ada para pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab membawa kemajuan di kawasan Kinabatangan seperti Datuk Bung Mokthar Radin.

“Itulah saya bawa ‘sifu’ (guru) saya ini ke Tanjung Aru untuk menyampaikan sesuatu kepada rakyat,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika menyampai ucapan sempena penyampaian bantuan Meter Air kepada lebih 180 penerima,  di bawah Program Sentuhan Kasih Dun Sukau serta  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bagi masyarakat kawasan Persisiran Pantai di Dewan Serbaguna Kampung Tanjung Aru di sini.

Saddi berkata, pelbagai nikmati pembangunan  yang sudah diraih oleh masyarakat kawasan persisiran pantai itu termasuk di Kampung Tanjung Aru adalah bukti keprihatinan  diberikan kerajaan itu.

Saddi menjelaskan,  pemberian bantuan meter air percuma kepada semua penduduk di kampung itu yang menalan belanja lebih RM42,090 adalah kesinambungan daripada usaha kerajaan BN menyediakan  projek penyaluran bekalan air melalui kabel bawah tanah dari Bandar Sandakan ke Tanjung Aru yang bernilai lebih RM21 juta, siap tidak lama lagi.

Katanya, rakyat di kawasan ini harus mengabungkan sokongan padu mereka kepada kerajaan BN pada PRU 13 sebagai tanda terima kasih dan syukur dengan nikmat pembangunan yang mereka perolehi selama BN memerintah.

“ Kalau adapun pihak atau individu yang masih mahu menaikkan bendera pembangkang, saya rasa pemimpin akar umbi bolehlah memberikan penjelasan dan bertanya apa sebenarnya keperluan mereka,” kata Saddi.

Kalau ianya boleh diselesaikan di pihak beliau, kata wakil itu, ianya akan dipenuhi dan jika memerlukan isu yang besar akan dirujuk terus kepada pimpinan kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Saddi berkata, beliau amat menghargai jasa dan peranan yang dimainkan oleh Datuk Bung Moktar sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi BN Kinabatangan dalam membawa pembangunan ke kawasan Kinabatangan, khususnya dalam Dun Sukau.

“ Saya dan Datuk Bung  sebenarnya tidak ada masalah. Kami boleh berbincang, boleh makan bersama dan berkerja bersama-sama dan berbincang dalam segala hal demi memajukan rakyat, khususnya dalam kawasan Dun Sukau.

“Saya harap jangan ada pihak cuba membuat spekulasi tgerhadap hubungan baik kami. Saya memang ikhlas, kerana inilah kata hati saya.

“ Kepada kami yang lebih adalah soal kemajuan rakyat di kawasan Kinabatangan, khususnya dalam Dun Sukau,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh lebih 800 hadirin yang hadir untuk menerima kedua-dua bantuan itu.

Datuk Bung Moktar ketika menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan program itu meminta rakyat supaya bersikap matang menghadapi pembangkang yang semakin mengamalkan pendekatan politik terdesak.

“ Rakyat dan penyokong BN mesti ingat bahawa tuan-tuan sedang berada di sebuah kapal yang besar. Maka bawalah rakyat yang terkeliru menaiki kapal berkenaan.

“ Tetapi jika kita pula yang mudah dipengaruhi  pembangkang dengan sanggup menaiki kapal yang kecil, selain tidak pernah memberikan apa-apa kebaikan kepada rakyat di negara ini,  maka kita sedang memilih untuk karam di lautan perjuangan,”kata Bung Moktar.

Di Malaysia yang memiliki sebuah kerajaan yang cekap dan adil, rakyat diberikan bermacam bantuan seperti BRIM dan Sentuhan kasih. Tetapi kalau di negara seperti Thailand dan Filipina, rakyat ‘diberi bom’ dan terus terancam kerana kegagalan kerajaan yang ada mentadbir dan membangunkan rakyat. Datuk Bung mengambil contoh, pelbagai bentuk peruntukan pembangunan terus disalurkan kepada rakyat di Tanjung Aru dalam masa terdekat.

Ini termasuk kos bernilai RM50 juta untuk menyediakan bekalan elektrik 24 jam di kawasan itu yang sekian lama dituntut.

Sebelum itu, katanya,  bekalan itu hanya beroperasi 19 jam sehari yang boleh menghalang usaha program pembangunan ekonomi melibatkan lebih 1,000 penduduk di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Moktar mengingatkan rakyat khususnya masyarakat nelayan agar tidak merasa bimbang ‘turun ke laut’  kerana kerajaan ketika ini  terus memberikan tumpuan mengawal keselamatan perairan negara.

Ada desas desus,  kononnya keselamatan rakyat di Sabah tergugat ekoran tindakan menceroboh oleh sekumpulan bersenjata dari Filipina yang bersembunyi  di sebuah pulau dalam perairan Lahad Datu. 

“Itu semua tidak benar. Kerajaan dapat menangani kemasukan mereka menerusi perundingan untuk pengusiran.

Kata Bung Moktar, para nelayan di sini boleh terus mencari rezeki di laut jika tidak  berombak. Soal keselamatan ini sudah diberikan perhatian secukupnya oleh kerajaan,” katanya.