Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Ahli UMNO harus menunjuk dan membuktikan kecintaan serta kasih sayang kepada kerajaan Barisan Nasional

Saddi JR Suan Lamba Saddi mendenar taklimat Ketua Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Hajah Dayang Napsah
Saddi JR Suan Lamba memberikan taklimatnya
Saddi menyampaikan tauliah kepada ketua-ketua JR Suan Lamba


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata,  rakyat khususnya ahli-ahli Umno yang menjadi jentera pilihanraya Umum ke 13  (PRU13)  harus menunjuk dan membuktikan  kecintaan serta kasih sayang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar  khidmat dan pembelaan rakyat di negara ini menerusi sebuah kerajaan yang kuat terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sukau itu menegaskan, dengan sikap dan pendirian mahu membalas jasa dan sumbangan BN sekian lama, rakyat perlu mempastikan usaha memberi kemenangan kepada BN harus menjadi perhatian utama pada pilihanraya kali ini.

“ Inilah masanya ahli-ahli Umno yang menjadi jentera pilihanraya membuktikan kasih sayang mereka kepada BN. Siapa saja calon yang diletakkan, kita berikan sokongan untuk  kemenangan 100 peratus,” katanya.

Berucap pada Majlis Perjumpaan dengan Seluruh jentera Jalinan Rakyat (JR) bagi kawasan Suan Lamba, Sukau dan Bilit di Dewan Serbaguna Suan Lamba di sini kelmarin, Saddi berkata, semua jentera komponen BN termasuk Umno Kinabatangan harus fokus demi kemenangan besar BN pada pilihanraya kali ini.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu berkata, tumpuan yang diberikan jentera BN ialah memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung segala khidmat dan sumbangan yang sudah diberikan oleh BN sekian lama.

Katanya, rakyat daripada pelbagai latar belakang budaya, agama dan ekonomi harus menerima penjelasan yang tepat terhadap segala khidmat dan pembelaan yang sudah diberikan BN selama ini.

“ Jentera BN perlu memberikan penjelasan tepat kepada seluruh rakyat. Jika tidak,  pihak pembangkang sentiasa akan memanipulasi dan membuat pembohongan yang bertujuan merosakkan BN serta mengelirukan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun samada di dalam kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan BN, kata Saddi tidak menghadapi banyak masalah untuk mengulangi kemenangannya pada PRU ke 13.

Lebih-lebih lagi dengan khidmat kebajikan yang sedia disalurkan kerajaan pusat, melibatkan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, baucer buku kepada pelajar IPT, BRIM500 dan untuk bantuan BRIM bagi golongan belia, kata Saddi, ianya akan menguatkan semangat rakyat untuk terus menyokong padu kerajaan BN.
  
Di dalam kawasan Dun Sukau, kata Saddi, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai peruntukan pembangunan asas rakyat yang sebahagiannya telah membantu merintis kemajuan rakyat mensasarkan halatuju pembangunan menuju negara maju kelak.

“ Kesediaan kerajaan meluluskan cadangan Pekan Baru Sukau, Bandar Biodiversiti yang bakal menyediakan segala bentuk pembangunan sosioekonomi jangka pendek dan jangka panjang, seharusnya disambutbaik rakyat dengan menyokong padu kerajaan BN kali ini,” katanya.

Sehubungan itu, Saddi menggesa seluruh jentera BN di kawasan Dun Sukau termasuk melibatkan anggota parti komponen BN yang lain supaya bergabung tenaga bagi mempastikan gerakan kempen kali ini sentiasa senada dan memberikan kemenangan besar kepada semua calonnya.

Saddi sebelum majlis itu telah turut diberikan taklimat oleh Setiausaha Pusat Daerah Mengundi (PDM) Suan Lamba, Ramli Tambutit.

Turut hadir dan memberikan ucapan Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Hajah Dayang Napsah Datuk Pangiran Galpam.

Dalam raklimat pilihanraya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Suan Lamba, Saddi menasihatkan setiap pengundi termasuk yang tinggal di luar kawasan itu tidak tercicir untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pru 13 ini.

“Saya merayu agar semua jentera, samada mewakili golongan pemuda, Puteri, wanita dan Induk termasuk mewakili Umno kita mantapkan. Kerana inilah amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,” katanya.

Sebarang keperluan, katanya, perlu segera dirujuk kepada PDM masing-masing agar keperluan petugas pilihanraya dan rakyat dapat dipenuhi.