|
memberi sedikit nasihat kepada para pelajar yang juga penerima bantuan tersebut |
|
Saddi menyampaikan sumbangan bantuan Yayasan Sabah kepada
pelajar rendah mewakili penerima Dun Sukau.
|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau,
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus
mempertahankan falsafah perjuangannya sebagai banteng utama membela dan memberikan
perkhidmatan pembangunan kepada rakyat semua kaum di negara ini.
Beliau berkata, tidak ada pihak
yang boleh mempertikaikan fakta itu kerana kerajaan BN sudah terbukti mampu
memberikan khidmat dan pembelan yang terbaik kepada rakyat semua kaum sejak BN
memerintah negara ini sekian lama.
“Tugas dan khidmat pembelaan
rakyat di bawah dasar ini kini telah
mampu memberikan perubahan pembangunan dan ekonomi rakyat di bandar dan
desa-desa termasuk di Sabah yang tidak boleh dinafikan oleh hanya kumpulan kecil
yang mahu melihat kejatuhan kerajaan BN, semata-mata desakan ‘sindrom giilakan
kuasa,’.
“Bagaimanapun majoriti rakyat terbukti menolak keupayaan
golongan pembangkang yang terbukti hanya mahu mahu mengambil peluang daripada
peranan dan tanggungjawab dalam menghadapi PRU 13,” katanya.
Berucap ketika menyampaikan
sumbangan Yayasan Sabah kepada pelajar miskin di kawasan Dun Sukau di pejabat
UPKR kawasan Dun itu kelmarin, Saddi berkata BN tidak pernah bersikap pilih
kasih memberikan bantuan di bawah tanggungjawabnya.
“Malah BN amat mengingginkan
rakyat yang memerlukan pembelaan dan perkhidmatan tampil untuk menyuarakan
kehendak mereka,” katanya,
Turut hadir dan menyampaikan
ucapan pada majlis itu ialah Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Timur, Puan
Hajah Rosinah Abdul Muin.
Saddi yang juga Pengerusi
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) menegaskan, apa yang penting rakyat termasuk di
kawasan ini harus terus membulatkan kesatuan mereka untuk menyokong kerajaan BN
dalam PRU ke 13.
Dengan sokongan yang kuat itu, kata
Saddi, perancangan yang dinamik untuk membangunkan kawasan Dun Sukau termasuk
di bawah program Pekan Baru Sukau akan mencapai
kejayaan pada panggal akan datang.
Apabila perancangan pembangunan itu menjadi realiti, tegas Saddi,
kedudukan ekonomi rakyat di kawasan ini akan terus melonjak dalam pelbagai
sektor termasuk dalam bidang pelancongan, perladangan, perikanan serta
sumber-sumber yang mampu memberikan
nilai tambah secara jangka panjang
kepada rakyat.
Menyatakan terima kasih kepada
Yayasan Sabah kerana sumbangan badan korporat itu memberikan khidmat sosial
kepada rakyat, Saddi mahu seluruh rakyat
di kawasan ini memberikan kerjasama berkesan terhadap setiap program agensi itu
demi kebaikan mereka.
“Saya juga merayu para pelajar di
kawasan ini supaya menggunakan setiap bantuan kewangan Yayasan Sabah dengan
berkesan dan berhemah, khususnya dalam usaha memajukan diri dalam pelajaran.
“Mana-mana pelajar yang menunjukkan prestasi
pelajaran mereka dengan cemerlang pasti akan berpeluang untuk menjadi insan
yang mampu memberikan khdimat yang terbaik kepada rakyat negeri ini termasuk
menjadi kakitangan Yayasan Sabah,” katanya.