Saddi buat pengumuman bertanding Ketua Bahagian Kinabatangan |
Antara yang hadir dalam mesyuarat Umno Kampung perpaduan |
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan dan mantan Adun Sekong, Datuk Salleh Janan antara yang hadir |
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, peranan dan
tanggungjawab memajukan rakyat di seluruh Sukau dan Kinabatangan bergantung kepada peranan yang boleh dimainkan
oleh Parti Umno.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, ia termasuk keupayaan membangunkan Pekan Baru
Sukau, menyelesaikan isu pembinaan sekolah rendah dan menengah yang tertangguh
dalam kawasan Sukau dan Batu Putih, diikuti keperluan pembangunan sosio-
ekonomi rakyat yang masih ketinggalan. “ Gagasan ini saya tumpukan sejak bertanding selaku Timbalan
Ketua Umno Bahagian Kinabatangan tahun 2009.
“Namun apabila saya tewas, walaupun secara tradisinya jawatan
Timbalan Ketua Bahagian dipegang lebih tiga panggal oleh Adun Sukau sebelum ini
(Datuk Aklee Haji Abbas), peluang saya berkhidmat hanyalah sebagai
Ketua Cawangan Umno Perpaduan 1, Batu Putih.
“ Saya terus berusaha ‘mengejar’ untuk berbaik-baik dengan kepimpinan bahagian, termasuklah
memberikan bantuan dan terlibat dalam beberapa program penting.
“Tetapi saya tetap tertinggal untuk berkerjasama, sedangkan segala peranan saya dipandang ‘sceptical’ (sinis),” kata Saddi.