Saddi ketika berucap pada Program RELA Bersama Pemimpin dan Tabung Gaza di SMK Bukit Garam, di Kinabatangan. |
Saddi menyampaikan sijil penghargaan kepada penduduk atas sumbangan dalam aspek keselamatan ketika Program RELA Bersama Pemimpin dan Tabung Gaza di SMK Bukit Garam, di Kinabatangan |
Anggota Angkatan Relawan Malaysia
(RELA) perlu berani berdepan ancaman semasa dan sentiasa memainkan peranan dalam
memelihara keamanan negara. Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata anggota itu
semakin maju ke depan seiring pembangunan dan memerlukan anggota mengamalkan
budaya kerja berpasukan bagi memastikan pelaksanaan transformasi dijayakan.
Katanya, semua halatuju dan
matlamat seperti gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Politik (PTP) tidak tercapai jika keadaan
politik dan negara tidak stabil, selamat dan harmoni. "Tugas RELA semakin
berat kerana isu keselamatan bertambah kompleks.
Ancaman itu bukan saja menerusi
serangan tentera tetapi individu yang mempunyai rangkaian dalam dan luar
negara, kepakaran menggunakan teknologi dan keupayaan mempengaruhi persepsi
awam menerusi penipuan, fitnah, hasutan atau manipulasi. "Atas dasar itu,
memang tepat strategi RELA dalam aspek pembangunan modal insan untuk melatih
dan melengkapkan anggotanya dengan ilmu untuk berdepan dengan pelbagai
kemungkinan,"katanya.