Presiden
Upko Tan Sri Bernard Giluk Dompok meminta sesiapa juga yang mempunyai bukti
atau butiran-butiran lengkap yang boleh digunakan membantu siasatan RCI supaya tampil mengemukakan laporan
kepada RCI.
Katanya, mereka yang mempunyai bukti dan mendapati siapa yang
memiliki kad pengenalan palsu melalui pembohongan yang mungkin disahkan oleh
mereka yang mempunyai kepentingan, sila kemukakan kepada RCI untuk siasatan.
“Inilah masa kita mencari penyelesaian dan mengemukakan dokumen
terutama kad pengenalan palsu yang telah diberikan kepada Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI),” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Upko Keningau 2012
di Dewan Masyarakat di sini, kelmarin
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
berkata, dalam hal ini bukan sahaja alhi-ahli Upko tetapi semua rakyat di
negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai bukti perlu mengemukakannya kepada RCI.
“Jangan asyik memperkatakan RCI lambat
bertindak dan tidak dapat menangani masalah PATI khususnya
di Sabah tetapi tampillah dan bantulah anggota-anggota RCI untuk menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka,” kata Dompok.