|
Saddi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut |
|
Saddi menyampikan set walkie talkie kepada anggota
rukun tetangga sambil diperhatikan oleh Arisin, Amelina dan Datuk Ibrahim Saat
pada majlis Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Kinabatangan |
|
Saddi menyampaikan Jalur Gemilang kepada pemimpin
Rukun Tetangga di seluruh Dun Sukau |
|
Saddi mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama
sebahagian peserta konvoi Kibar Jalur Gemilang
dan pihak penganjur program itu |
|
Saddi dan Arisin bersama-sama melakukan ‘flag off’ sebagai
melepaskan konvoi kembara Kibar Jalur
Gemilang Sukau-Bongawan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau,
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mencatatkan rekod
kepimpinan dan perkhidmatan yang paling menyerlah dalam sejarah negara apabila
pelbagai jasa dan sumbangan diperkenalkannya terus dinikmati setiap individu
rakyat di negara ini.
Saddi berkata, sikap menunaikan janji yang mampu direalisasikan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu membuktikan bahawa parti dipimpinnya bukan
saja sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab, tetapi mampu menunaikan amanah, membela dan memajukan
rakyat sebagaimana yang terkandung dalam gagasan dan manifesto perjuangan BN
sekian lama.
“Samada di setiap pelusuk Dun Sukau ini atau dimana-manapun,
pemimpin no 1 negara ini telah mengenali dan mengingati jasanya yang berusaha
sebaik mungkin menunaikan janji-janjinya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi
BN. “Lebih dari pada itu, beliau mahu
setiap rakyat di negara ini menikmati kemajuan dan kecemerlangan yang menjadi
antara agenda besar dan aspirasi
kerajaan hari ini,” katanya.
Saddi berkata, menerusi Program
Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kinabatangan, rakyat
bukan saja harus berbangga mengingati
sejarah kemerdekaan berusia 55 tahun.
Tetapi jasa pemimpin unggul seperti beliau ini perlu
dihargai dan disyukuri kerana mampu
meneruskan kesinambungan perjuangan ketua-ketua kerajaan sebelumnya,
dengan lebih cekap dan berdidikasi. katanya.
Berucap melancarkan Program Kibar
Jalur Gemilang peringkat daerah Kinabatangan Sabtu lepas, Pengerusi Korperasi
Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, keupayaan memimpin seperti yang dilakukan
Datuk Seri Najib masih diperlukan negara
ke arah mencapai impian rakyat mencapai
sebuah negara maju.
“Kita merasa lebih berbangga
kerana segala tanggungjawab dan harapan PM membangunkan negara turut mampu
direalisasikan di Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. “Saya dan rakyat dalam Dun Sukau
yakin dan percaya, keupayaan memerintah negara termasuk di Sabah dapat
diteruskan dengan lebih cemerlang oleh BN selepas Pilihanraya Umum ke 13
(PRU13),” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah
Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Arifin, Pengarah Jabatan Perpaduan
Negara dan Intergrasi Nasional Sabah, Puan Nur Amelina Samsudin dan Pengarah
Biro Tata Negara (BTN) Sabah, Datuk Ibrahim Saat yang turut menyertai konvoi
Kibar Jalur Gemilang ke seluruh negeri dan dijangka berakhir di
Kampung Bongawan,