Nama
Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini bakal
meniti dibibir rakyat kawasan ini sebagai ‘penghalang’ kepada pembangunan rakyat
apabila jabatan itu dilihat seperti sengaja menghentikan perlaksanaan beberapa
projek pemasangan paip bekalan air yang bernilai lebih RM100 juta di empat buah
kampung utama di sini sejak beberapa bulan lalu.
Menurut
Mesyuarat Pembangunan Daerah di sini kelmarin melaporkan, empat projek
berkenaan ialah pemasangan paip di sepanjang kawasan Kampung Sukau melibatkan
RM44.753 juta, pemasangan paip di
sekitar Kampung Paris – Sentosa Jaya melibatkan RM 22.923 juta, perlaksanaan projek Bekalan Air Zon 5
Kinabatangan melibatkan lebih RM9,988 juta, Projek Bekalan Air Zon 5B
Kinabatangan RM24.882 juta, diikuti beberapa projek pembaikan jalan dan
lampu-lampu jalan di sepanjang kawasan terlibat sehingga kini.
Pergantungan
pihak Pejabat Daerah Kinabatangan kepada jabatan itu yang berpusat di Sandakan
juga menyukarkan kedua-dua pihak menangani beberapa isu pembangunan di kawasan
Dun Sukau dan Kinabatangan sekian lama,
walaupun menerusi mesyuarat pembangunan Daerah yang diadakan sebulan sekali.
Ahli
Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman yang turut
menghadiri mesyuarat tersebut amat kecewa dengan perkembangan tersebut.
“Apa
yang amat menyedihkan saya, pihak JKR kerap tidak menghadiri mesyuarat
pembangunan Daerah Kinabatangan untuk memberikan penjelasan berhubung perkara
ini. Akhirnya projek penyaluran bekalan air luar bandar, diikuti beberapa
projek pembangunan lain tergendala ekoran tindakan birokrasi kakitangannya,”
katanya.