Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Sentuhan Kasih pemangkin pembangunan ekonomi masyarakat setempat


Salahudin Hassanah menerima bantuan wang tunai daripada Saddi
Rubiah Ahau menerima Sentuhan kasih mesin Chain Saw daripada Saddi
Pemimpin Belia Suan Lamba Yasli Aman Japar menerima bantuan daripada Saddi
Persatuan Bina Badan Sandakan menerima bantuan sentuhan kasih daripada Saddi
Sebahagian dari Kumpulan Penerima Sentuhan Kasih di Pejabat UPKR DUN Sukau


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat agar  setiap pemberian Projek Sentuhan Kasih berasaskan pembangunan ekonomi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mengubah kehidupan mereka.

Katanya, walaupun bantuan agak kecil seperti pemberian alat jahitan, peralatan membuat kueh muih, peralatan komputer dan sebagainya yang dipohon rakyat kerana mahu mengubah ekonomi keluarga diharap ianya dapat dipergunakan sebaik mungkin demi  mencapai impian murni mereka.

“Sesungguhnya saya begitu simpati dengan keperluan seluruh rakyat kawasan ini yang sebilangan besar darinya mahu merubah ekonomi. Saya penuh berharap pelbagai bantuan yang diberikan selama ini mampu untuk mengubah kehidupan mereka.

“Memang tidak semua permintaan dapat ditunaikan sekaligus kerana ia bergantung kepada keupayaan kerajaan. Tetapi kita sentiasa berusaha melakukan yang terbaik agar bantuan dapat diberikan  secara berperingkat-peringkat. Lambat laun program bantuan seperti ini dapat dipenuhi,” katanya.

Berucap ketika menyerahkan bantuan Sentuhan Kasih melibatkan pelbagai peralatan kepada rakyat Dun Sukau di pejabatnya di sini Rabu, Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Sabah (KPD) berkata, asas paling penting bagi rakyat untuk merubah kehidupan ekonomi mereka ialah dengan berusaha secara proaktif ke atas peluang-peluang yang ada di persekitaran mereka.

Katanya, setiap keluarga termasuk suri rumah dan anak-anak perlu berkongsi peranan agar perancangan ekonomi bersama  lebih berkesan menepati tumpuan dan sasaran pasaran. “Kerajaan BN telah memliki pengalaman luas dan tentunya tidak akan mengecewakan segala keperluan rakyat. Yang penting usaha dan gerak kerja yang dilakukan rakyat memenuhi peraturan yang ditetapkan. Semua ini terkandung di bawah pelan tranformasi ekonomi rakyat,  yang menjadi salah satu matlamat di bawah gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” katanya.

Kerajaan BN Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, kata Saddi,  memang sedia menyedari segala keperluan rakyat di Sabah dengan menggariskan perancangan padu di bawah Halatuju Pembangunan Negeri.

Maka program bantuan Sentuhan Kasih, kata Saddi, adalah salah satu dari pendekatan penting menerusi pengumuman Bajet Negeri 2012, semata-mata memberikan pembelaan kepada rakyat di luar bandar agar turut menikmati pembelaan kerajaan.

Di peringkat Dun Sukau, kata Saddi, program bantuan Sentuhan Kasih telah beliau perhebatkan sejak ianya mula disalurkan awal Mac dan kini hampir diagih-agihkan di pelusuk Dun Sukau.

“Bantuan ini akan terus saya serahkan kepada penerimanya dan  berharap ianya memberikan manfaat kepada para penerimanya khususnya  untuk kebaikan keluarga mereka,” katanya

Dalam pada itu, Saddi mengingatkan agar mana-mana individu rakyat yang belum mendapat bantuan daripada permohonan sedemikian agar dapat bersabar sementara beliau mencari jalan untuk menyediakan keperluan mereka.

“Seperti yang saya katakana, tidak semua bantuan dan permohonan ini dapat kita layani serentak. Kita perlu berusaha dan berdoa supaya setiap permohonan dapat dipenuhi.

“Apa yang saya ada dihati saya, permintaan rakyat bukan saja dapat dipenuhi, tetapi merasa gembira dengan keupayaan serta khidmat yang terus boleh disumbangkan kerajaan BN,” katanya.