Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sambutan Hari Keluarga RELA Peringkat Mukim Paris Dan Batu Putih, Kinabatangan

Saddi Disambut anggota Rela sambil diiringi oleh pegawai Rela Negeri dan Kinabatangan
Saddi menyampaikan Ucapan perasmian 
Saddi menerima Cenderahati daripada MD Najib sambil diperhatikan Ardin dan Lt Kol Amir
Antara penduduk yang hadir pada majlis berkenaan




SUKAU: Setiap anggota dan pemimpin Relawan rakyat Malaysia (Rela) di Negara ini wajar memperhebatkan usaha mendukung lonjakan mentransformasikan peranan menjaga kententeraman awam serta perpaduan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata,  sasaran kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan perpaduan dapat dicapai dalam tempoh singkat dengan keupayaan menguasai gagasan itu.

“ Saya berpendapat jumlah keanggotaan Rela lebih 3 juta orang  dalam negara,membabitkan 400 ribu orang anggota di negeri ini dan 9,000 orang darinya dalam kawasan Kinabatangan berupaya membantu matlamat itu.“ Yang penting setiap anggota Rela sentiasa menjiwai tugas dan peranan masing-masing, iaitu sentiasa bersikap sukarela bagi melindungi hak, keselamatan dan kepentingan rakyat di mana juga mereka berada,” katanya.

Berucap ketika merasmikan Hari Keluarga Rela Mukim Paris dan Batu Putih di Pentas Terbuka Kampung Paris 1 petang Sabtu di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Sabah menegaskan, proses pembangunan ekonomi rakyat berjalan dengan lebih lancer apabila segala hak dan kepentingan mereka dapat dilindungi.

Kerajaan negeri perlu fikirkan usaha strukturkan semula Sukau


SUKAU: Kerajaan negeri perlu memikirkan usaha bagi menstrukturkan semula Sukau agar perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan yang ada di pekan bakal dikenali sebagai ‘Bandar Bio Diversiti’ itu akan dapat diselaraskan dengan lebih baik dan efisien.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata sudah tiba masanya pekan ini mentadbir daerahnya sendiri sebagaimana perancangan dalam kerangka pembangunan Pekan Baru Sukau yang akan bergerak seiring dengan gagasan menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Beliau yakin dan percaya usaha mewujudkan sebuah kawasan pertumbuhan ekonomi rakyat yang sekali gus menjadi pusat pentadbiran kerajaan di dalam pekan baru ini akan menjadi kenyataan asalkan pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap kerangka pembangunan sedia ada.

Ini kerana, katanya, pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan di kawasan Sukau terbahagi kepada dua yang mana satu darinya merupakan kawasan sepanjang tanah daratan Sukau ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan.

MENGENAI STATUS PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada 15 Januari 2012 dan akan diberikan dalam bentuk baucar tunai. Majlis-majlis penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara.

Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012. Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Dalam tempoh dua bulan tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Anda Semua Dijemput Hadir Ke:-


Penempatan baru mangsa banjir di Kampung Batu Puteh Kinabatangan


YB Datuk Saddi Abdul Rahman sedang meninjau kawasan tanah runtuh di Kg Menggaris


KINABATANGAN: Sebuah penempatan baru akan diwujudkan di Kampung Batu Puteh dekat sini bagi menempatkan penduduk dari kampung itu dan dari Kampung Menggaris yang terjejas banjir. Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sebanyak 99 unit rumah akan dibina di penempatan baru itu yang akan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap.

Kerja menyediakan tapak penempatan baru itu sedang dilakukan dan pembinaan dijangka mengambil masa setahun lagi untuk disiapkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang diancam tanah runtuh di Kampung Menggaris dekat sini kelmarin.

Isnin lepas, tanah runtuh berlaku di kawasan bukit di belakang rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah saudara di Kampung Batu Puteh. Saddi berkata 50 keluarga yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu adalah dari Kampung Menggaris yang menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir, manakala selebihnya adalah penduduk Kampung Batu Puteh.

Lima keluarga yang berpindah akibat tanah runtuh itu adalah antara penduduk yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu. “Sekiranya rumah yang dibina di penempatan baru itu tidak mencukupi, penduduk di kampung itu akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat di Pekan Baru Sukau,” katanya.


Sumber: www.newsabahtimes.com.my, 6 Januari 2012.