SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, penubuhan sebuah badan koperasi mewakili kepentingan 400 orang pemilik tanah di kawasan Koyah, dalam kawasan ini yang sekian lama gagal ditangani Jabatan Tanah dan Ukur Ngeri, amat dialu-alukan.
Katanya, penubuhan badan koperasi itu membolehkan pemilik
tanah terlibat menuntut 30 peratus daripada nilai saham yang telah disyaratkan kerajaan
negeri kepada sebuah syarikat perladangan swasta yang diberi tanggungjawab memajukan
seluas 6,000 ekar tanah di bawah skim
pekebun kecil yang diberikan kepada sejumlah pemiliknya sejak tahun 1999.
“ Kita berharap Koperasi Pembangunan Tanah Koyah Berhad
yang mengadakan mesyuarat penubuhannya ini dapat menjadi wakil kepada semua 400
pemilik tanah terlibat untuk mendapatkan 30 peratus kepentingan hak mereka yang
disyaratkan Jabatan Hasil Bumi kepada syarikat itu, Bagus Maju Sdn Bhd sejak 13
tahun lalu.