Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

PELABUR DI ALU- ALU MELABUR DI SUKAU

Sabtu,19Hb Feb 2011. (Daily Ekspress)

Sukau :
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Hj Abdul Rahman terus mengalu-alukan kemasukan pelabur dari dalam dan luar negeri ini bagi menjayakan pembangunan Pekan Baru Suaku Bandar Bio-Diversiti, kawasan tapak pembangunan baru berkonsepkan eko perlancongan bertaraf dunia di sini.
Saddi berkata, kehadiran para pelabur dalam pelbagai bidang itu amat penting bukan sahaja mempelbagaikan pelaung ekonomi rakyat kawasan tersebut, tetapi juga mampu mencapai kualiti kemajuan secara rancank yang diharapkan, menepati kehendak pembangunan kawasan itu.
"Saya amat berbangga jika lebih ramai peniaga dan pelabur datang ke kawasan ini, bertanya dan mendapatkan butir- butir mengenai peluang pelaburan serta peniagiaan di pekan ini. Sebagai wakil rakyat, saya akan memberikan sokongan penuh jika para pelabur ini mahu memberikan tumpuan kepada projek pembangunan pekan ini, atau yang berkaitan dengan bidang perlancongan serta perladangan yang terdapat di kawasan ini", katanya.
Beliau berkata demikian selepas dikunjingi oleh seorang ahli perniagaan tempatan, Datuk Nasir Yeo di pejabatnya di Bnadar Labuk Jaya, Batu 7, Jalan Labuk Sandakan disini pada jumaat.