Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Lawatan SDO ke pejabat datuk Saddi




KENYATAAN AKBAR DARIPADA PEJABAT PERHUBUNGAN MEDIA DUN SUKAU.

Saddi meneliti data Unit Pembasmian Kemiskinan SDO sambil mendengar penerangan Zamblee dan para pembantunya.
Gambar yang sama.


SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, langkah untuk membebaskan sebahagian golongan rakyat termiskin di sekitar kawasan ini semakin terbuka apabila masalah itu mendapat perhatian Unit Pembasmian Kemiskinan, Pejabat Pembangunan Negeri.
Katanya, Ketua Penolong Pengarah unit itu, Zamblee Sabanah telah menyatakan secara jelas berhubung kedudukan golongan itu di kawasan ini, sebelum mereka akan didaftarkkan di bawah program E Kasih, mengikut Ketua Isirumah Termiskin (KIRT) sebelum menerima bantuan menerusi program pembangunan Kesejahteraan Rakyat (fokus group) daripada pihak kerajaan.
“ Bagaimanapun kita merancang akan mengadakan program pendaftaran ini secara bersepadu melibatkan para pegawai mewakili SDO, Pejabat Daerah Kinabatangan dan UPKR Sukau yang tertumpu di lapan mukim dalam Dun Sukau, dijangka bulan April depan,” katanya
Saddi berkata demikian selepas dikunjungi oleh serombongan pegawai Unit Pembasmian Kemiskinan, Pejabat Pembangunan Sabah di pejabatnya yang diketuai Zamblee kelmarin.
Saddi berkata, kunjungan kehormat unit berkenaan adalah sebagai reaksi terhadap beberapa seranannya dalam media sebelum ini tentang perlunya kerjasama jabatan itu dalam menjayakan pendaftaran E Kasih, ke arah mengurangkan kadar kemiskinan golongan sasaran itu (fokus group)di Dun Sukau.
Dalam perbincangan hampir sejam itu, kata Saddi, kesemua pihak terlibat seperti Unit Sdo itu, Pejabat Daerah Kinabatangan dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau akan mengadakan kerjasama bagi melakukan pengesanan serta pengesahan kepada golongan itu untuk layak menerima bantuan kerajaan.
Dalam rekod SDO berhubung golongan sasaran daif di kawasan itu mencatatkan 97 keluarga dicatatkan sebagai kumpulan miskin tegar, 179 golongan keluarga miskin, 128 buah keluarga mudah miskin, 20 terkeluar dari kumpulan itu melibatkan kesemuannya424 buah keluarga.
Katanya, jumlah tersebut perlu disahkan menerusi gerakan bersama itu, selain ramai lagi golongan masyarakat yang tinggal di kawasan persisiran pantai akan dikenalpasti untuk disenaraikan di bawah program E Kasih.
“ Saya berterima kasih kerana selepas memberikan komen-komen yang bernas, akhirnya saya dikunjungi oleh para pegawai yang berketepatan menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di kawasan ini. Komitmen pejabat ini dapat menunjukkan bahawa kakitangannya amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan jabatan ke bahu mereka.
“ Saya berharap pertemuan dengan Saudara Zamblee dan rombongannya dapat membantu golongan sasaran yang memerlukan pembelaan kerajaan,” katanya.
Menurut Saddi, soal kemiskinan rakyat dalam Dun Sukau menjadi antara agenda penting untuk ditangani dengan membawa kepada pengujudan Jawatankuasa Makmal Khas E Kasih hampir dua bulan lepas.
Ketika ini, katanya, sejumlah lebih 600 Kirt sudah didaftarkan di bawah jawatankuasa UPKR itu dan mengharapkan sejumlah 1,600 Kirt lagi akan dapat didaftarkan menerusi gerakan bersepadu itu.
Selesai.