Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

KUNJUNGAN KEHORMAT YB SADDI KEPADA CM




KUNJUNGAN KEHORMAT YB SADDI KEPADA CM




KOTA KINABALU:




Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengambil peluang untuk mengetuai satu kunjungan kehormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di hari akhir Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu Khamis lepas.
Saddi yang bersama-sama Pengurus Besar Lembaga Perumahan bandar Negeri Haji Jenar Lamdah ingin memberikan penerangan serta undangan kepada Ketua menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah sempena Pelancaran Pekan Baru Sukau, di Kampung Sukau, dalam kawasan Parlimen Kinabatangan dalam tempoh terdekat.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Penolong Pegawai Projek Pekan Baru, Isidore Lajawah.
Berasaskan pertemuan itu majlis pecah tanah itu dijangka diadakan di tapak dicadangkan pada bulan Jun depan.
Dalam riaksi Ketua Menteri, beliau amat menyambut baik cadangan mengujudkan pekan baru itu yang membolehkan kedudukan ekonomi penduduk setempat serta kawasan Sukau dapat ditingkatkan.
Bagaimanapun beliau mengharap tarikh yang ditetapkan pihak penganjur mengadakan majlis pecah tanah itu dilakukan ketika beliau berada di dalam negeri.
Pada sidang dewan hari ketiga, Saddi yang membahs ucapan Dasar Kerajaan oleh Yang Dipertua Negeri selama 40 minit memuatkan cadangan mengujudkan Pekan Baru Sukau sebagai salah satu cadangannya yang sudah dikemukakannya kepada kerajaan sebelum dengan mengharapkan cadangan itu direalisasikan demi kebaikan rakyat setempat.
Katanya, dengan adanya pekan baru itu bukan saja demi memperbaiki ekonomi setempat, tetapi membolehkan kawasan baru ini menjadi pusat pengstrukturan semula pentadbiran kerajaan di daerah Kinabatangan.
Cadangan itu juga, kata Saddi, mampu memenuhi matlamat pembangunan ekonomi rakyat di bawah pengwujudan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kea rah memperkasakan produk-produk dalam kawasan Dun Sukau yang ketika ini menumpukan bidang pelancongan dan perladangan sebagai sasaran meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kawasan itu .
Cadangan itu kemudiannya mendapat riaksi positif kerajaan negeri apabila Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Mohd Noor mengumumkan bahawa pelan pekan baru sukau di kawasan 104 ekar sudahpun diluluskan. Kerajaan negeri akan memulakan perlaksanaan bagi pekan itu pada awal Rancangan Malaysia ke 10.

BINA DAYA KEPIMPINAN MELALUI PERSATUAN JANA PEMBANGUNAN INSAN

Ahad 4 April 2010.
Bukit Garam,( Kinabatangan):
Belia perlu membina daya kepimpinan melalui penglibatan dalam persatuan sebagai medan menjana pembangunan modal Insan yang mampan dengan cabaran alaf baru.
Saranan itu dibuat Ahi Dewan Undangan Negeri Sukau (Adun) Saddi Abdul Rahman dalam ucapannya ketika menanguhkan program Akar Umbi Penubuhan Persatuan Belia Siri 01/2010 serta khidmat Masyarakat kesukarelaan Belia Peringkat kinabatangan di Kg Sentosa Jaya dekat sini baru-baru ini.Katanya, Belia sebagai modalInsan dan aset utama negara perlu melengkapkan diri dengan ilmupengetahuan bukan sahaja dengan akademik malar wajar mempersiapkan diri dengan ilmu kepimpinan.
"Masa terlalu pantas bergerak dan negara berkehendakkangenerasi muda ada kesiapsediaan
dalam semua bidang sertasanggup menyumbang tenaga dan minda kepada masyarakat di mana mereka lahir sebagai anggotanya,"katanya.
Katanya, individu belia tidakakan muncul sebagai pemimpin jika memisahkan diri daripadamasyarakat,justeru wadah tepat bagi mereka membina kredibiliti adalah melalui penyertaan dalam persatuan. Program anjuran Pejabat kementerian Belia dan Sukan Kinabatangan itu berjaya menghimpun penyertaan seramai 96 peserta yang mewakili 10 persatuan belia pesisir pantai dalam kawasan DUN Sukau yang turut dihadiri Sylvester, wakil Setiausaha tetap KKBS.
Persatuan itu terdiri daripada Persatuan Belia, Kg Pulau Lubukan, Kg Suan Lamba peringakat 1 dan 2, Kg Bilit ,Kg Sentosa Jaya , Kg Nusa Jaya, Kg Berjaya , Kg Batu Putih, Kg Perpaduan Pangliman Ugih dan kelab Futsal Kg Sentosa Jaya.
Dalam pada itu Saddi turut memuji langkah KKBS Kinabatangan kerana komited membangunakan kesedaran belia luar bandar untuk terlibat dalam persatuan.

PARTICIPATION BY DEPTS, AGENCIES LOW IN SUKAU

By : Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: 11 April 2010

Sukau Assemblyman Saddi Abdul Rahman want more government departments and agencies that can attend to people's problem to be involved infuture Juara Rakyat programmes in Sukau. He said perticipation by government departments and agencies in the recent programme held in Kg Sukau was not encouraging.

He said the Kinabatangan Umno organised the Juara Rakyat programe, which is a monthly event with differentthemes, i Kg Sukau to cater to people's needs."Abuot 12 booths were set up and among them were Kinabatangan District Office, Kinabatangan Umno division, Kinabatangan Umno Youth, Wanita and Puteri Umno,people's Development Leader Unit for Sukau, Agriculture Department, Malaysian Anti-Corruption Commision ( MACC) and Election Commission (SPR).

"These few government department departments and agencies are important but not really relevant to attend to the problems of Sukau people who face manyland issues."Unfortunately, there was no Land and Survey Department booth in the programme where the people of Sukau could have met officers and enquired the status of their land applications and looked for answers onother related land issues," Saddi said.

Other departments that should be in the event, he said,were the Fisheries Department and Malaysian Fisheries Development Board (LKIM) that could provide more information on essential schemes and assistance in elevating the living standard of coastal fishermen in Sukau.

Federal agencies like Felcra and Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) shouldalso be included, headded, pointing out that these agencies are relevant to thepeople of Sukau as some are carrying out agricultural activities.

YB SADDI MERASMIKAN PROGRAM MENGKOPERASIKAN RAKYAT 1 KOMUNITI

saddi memukul gong tiga kali sebagai simbolik penutupan program seminar 1 komuniti 1 koperasi anjuran SKM di Sabah Hotel .


Oleh Awang Ahmad.

1.Saddi menerima cenderhati daripada wakil pengarah Wan Jah sambil diperhatikan Haji Fajeer selepas menutup seminar..

SANDAKAN : 07/04/2010/ Rabu

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, langkah ‘turun padang’ Suruhanjaya Koperasi Malaysia menganjurkan Seminar 1 Komuniti – 1 Koperasi bakal melahirkan lebih ramai anggota dan pemimpin koperasi yang berdaya saing dan berdaya maju dalam negara.

Saddi berkata, langkah itu sekaligus membolehkan masyarakat dan bakal-bakal anggota koperasi di setiap kampung memantapkan strategi ekonomi setempat yang sekaligus membolehkan SKM meningkatkan perolehan ekonomi negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menerusi keupayaan badan itu menjelang tahun 2013.

“ Saya melihat strategi dan keenggotaan badan koperasi hari ini berbeza dengan sebelumnya. Kini badan koperasi lebih terdedah dengan maklumat dan pencapaian semasa ekonomi negara. Maka sudah tentu peluang mendapatkan ilmu menerusi program seminar anjuran SKM meningkatkan lagi azam memajukan sesebuah badan koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar 1 Komuniti 1 Koperasi kawasan Wilayah Sandakan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Ballroom Hotel Sabah di sini, Rabu.

Saddi berkata, had keanggotaan koperasi jauh lebih kecil yang ditetapkan SKM ketika ini seperti Koperasi Keluarga membolehkan mana-mana kelompok masyarakat termasuk di luar bandar menjayakan bidang perniagaan mereka berkonsepkan koperasi.

Tegasnya, sejumlah minima 30 anggota sekeluarga boleh memilih apa juga jenis perniagaan mereka untuk dimasukkan dalam perusahaan sesebuah koperasi sebelum setiap anggotanya mudah mengagihkan keuntungan dan dividen menerusi prinsip pengagihan koperasi.

“ Saya menggesa seluruh masyarakat kampung di wilayah Sandakan tidak melepaskan peluang untuk menubuhkan koperasi masing-masing kerana sudah tentu inilah cara kerajaan membantu meningkatkan ekonomi dan pembangunan rakyat, salah satu dari kaedahnya adalah menerusi peranan badan ini,” katanya.

Seminar sehari itu turut dihadiri oleh Hajah Wan Jah Wan Hassan mewakili Pengarah SKM Sabah, diikuti Penolong Pengarahnya berpejabat di sini, Cik Marni Sulaiman dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji ABM Fajeer.

Beberapa kertas kerja disediakan dalam seminar itu yang antara lain mendedahkan kepada setiap komuniti menubuhkan sebuah badan koperasi dalam jumlah minima, diikuti menjalankan pengurusan dan peranannya memajukan ekonomi masyarakat setempat.

SKM dalam kertas kerjanya menyasarkan 5 peratus KDNK menjelang tahun 2013 berbanding kurang 1 peratus pencapaian itu setakat ini.

Saddi menambah, badan-badankoperasi boleh memainkan peranan dan landasan yang tepat untuk menjayakan dasar kerajaan menerusi pengwujudan Modal Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

Demikian juga peluang-peluang pelaburan menerusi projek pembangunan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Eknomi Negara (NKRA) dan program-program ekonomi yang disediakan kerajaan negeri, kata Saddi, setiap badan koperasi boleh memainkan peranan menjayakannya dengan memiliki kelayakan melakukan kerja-kerja kontrak pembangunan, penyelenggaraan bekalan dan sebagainya.

“ Jauh ke hadapan kita pula boleh melihat lebih peluang ekonomi dan pelaburan yang lebih luas. Namun semua ini bergantung kepada kepakaran dan kemahiran kita di bidang ekonomi berkonsepkan pengkoperasian sebagaimana melalui seminar dan pendedahan ilmu seperti hari ini,” katanya.

Beliau kemudian menyarankan kepada SKM supaya mengadakan program seminar sedemikian di kawasan-kawasan luar bandar seperti kawaan Kinabatangan yang mana memiliki pelbagai sumber ekonomi, selain sejumlah besar anggota masyarakatnya yang memerlukan pendedahan ilmu dan kepemimpinan berkoperasi.

Selesai.

KES TANAH DI KOYAH




SADDI AKAN TELITI KES TANAH KOYAH

Oleh Awang Ahmad.


SUKAU: Wakil rakyat kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pihaknya akan meniliti kandungan memorandum penduduk di sini berhubung kes pemilikan tanah Sungai Koyah di sini sebelum beliau kemukakannya kepada pihak berwajib.

“ Sebagai wakil rakyat saya wajib menerima bantahan golongan pekebun kecil ini dan setelah menelitinya dan mempertimbangkan keperluannya, saya akan menyerahkannya kepada pihak berwajib,” katanya.

Kata Saddi, sekiranya tidak ada jalan penyelesaian berhubung perkara itu dari mana-mana pihak terlibat dalam memorandum bantahan itu, mahkamah adalah jalan penyelesaian yang paling tepat bagi mengembalikan hak itu kepada mereka yang layak.

Kerana pihak perundangan sajalah, tegas Saddi, dapat melihat segala masalah, keperluan dan keadilan di sebalik kes tanah seluas lebih 4,000 hakter itu secara jelas dan sewajarnya ianya akan berpihak kepada mereka yang benar.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan itu daripada Jawatankuasa Bertindak Pemilikan Tanah Sungai Koyah A, B dan C yang diketuai Jamal Sinyor bersama 400 peserta yang hadir.

Saddi berkata, kes pemilikan tanah Koyah adalah isu yang rumit sebelum ini. Namun ia melibatkan kepentingan sebahagian besar penduduk kawasan itu sejak kelulusan tanah berkenaan dikeluarkan kerajaan negeri lebih 25 tahun lalu.

Katanya, ketika menjadi Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan (ADO), beliau sudah mengetahui berhubung kedudukan tanah tersebut dan tidak menyangka perkara itu bakal beliau hadapi sesudah dipilih menjadi wakil rakyat.

“ Saya sendiri pernah beberapa kali mengemukakan soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri, ditujukan kepada agensi terlibat mengenai status tanah berkenaan. Tetapi sehingga hari ini saya tidak mendapat jawapan termasuk daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

“Samada mereka tidak boleh atau tidak mahu jawab soalan itu, saya tidak pasti..Tetapi saya rasa masih berkesempatan mengulanginya di masa hadapan,” katanya.

Menurut Saddi lagi, kes berkaitan pemilikan tanah Koyah sudah menjadi isu bertindih di Sukau. Kerana selain berkaitan perebutan kes pemilikan dokumen tanah antara pekebun kecil dan syarikat perladangan yang didakwa, tanah tersebut kini sedang diduduki oleh masyarakat perladangan haram yang status dokumen kerakyatan mereka diragui.

Kes pendudukan tanah oleh masyarakat luar itu juga, kata Saddi, telah tidak dapat diselesaikan oleh ramai pihak termasuklah daripada pihak pentadbiran Jabatan Tanah dan Ukur sendiri walaupun sudah berulang kali ke kawasan itu dan dapat melihat kebenaran isu itu.

“ Yang menyedihkan saya adalah kepentingan rakyat tempatan khususnya dari kawasan ini dapat diberikan pembelaan sesuai dengan amanat kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“ Pada satu majlis makan malam beliau dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN di ibu negara baru-baru ini, Datuk Seri Najib mengamanah kepada semua wakil rakyat supaya berkerja keras menyelesaikan masalah rakyat sebagai salah satu peranan setiap wakil rakyat.

“ Saya melihat isu tanah ini yang berlarutan sekian lama perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak. Baik melibatkan pimpinan kerajaan, pegawai-pegawai jabatan dan pemimpin akar umbi dan perundangan. Jika tidak isu ini akan berlarutan,” katanya.

Sebelum itu, ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di dewan berkenaan hampir dua jam, Saddi menegaskan, ada cirri-ciri ‘litlle nepoleon’ di sebalik isu pemilikan tanah rakyat berkaitan kawasan Koyah itu.

Ini kerana, katanya, ada pihak cuba mempolitikkannya, khususnya dari kalangan pembangkang yang mahu mengambil kesempatan dari kesusahan rakyat berhubung kes pemilikan tanah berkenaan.

“ Kes seperti ini tidak perlu dipolitikkan. Melainkan jabatan dan kakitangan kerajaan sendiri diberi peranan dan keyakinan yang cukup untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Untuk berhadapan dengan pelbagai kes tanah rakyat di kawasan Dun Sukau, beliau mengambil pendekatan dengan menyuarakannya pada sidang Dewan Undangan Negeri sejak menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

Yang terbaru, kata Saddi, beliau telah mempersoalkan berkaitan hak dan permohonan tanah penduduk di beberapa kampung seperti Sentosa Jaya, Perpaduan, Batu Putih dan beberapa lagi di sidang berkenaan.

“ Alhamudillah, setelah sekian lama tertangguh, kerajaan negeri sudahpun meluluskan permohonan mereka dan kini sebahagian tanah berkenaan sudahpun mendapat surat pengukuran….Inilah cara kita bekerja dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Kata Saddi, soal tanah adalah soal pokok di kawasan ini untuk diselesaikan kerajaan termasuklah soal rizab kampung, tanah anak negeri dan sebagainya. Kerana inilah sebahagian daripada mata pencarian dan sumber ekonomi rakyat.

“ Kita ada pemimpin yang hebat seperti Datuk Seri Najib, kita ada juga Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sendiri yang berwawasan. Yang penting kita setia kepada kerajaan dan bekerja untuk kebaikan ekonomi di kawasan ini.

“ Jangan terima pemimpin pembangkang yang kononnya-kononnya bijak dan berpengaruh. Sedangkan mereka masih mengharapkan simpati rakyat seperti di pedalaman ini yang amat bergantung kepada bantuan dan perhatian sebuah kerajaan yang komited membela rakyat,” katanya.

Selesai.