Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Majlis Sambutan Tahun Baru 2010













Saddi menyampaikan ucapan

Saddi tergelak apabila ayahnya, Haji Abdul Rahman salah seorang dari 50 hadirin bertuah memenangi cabutan tiket bertuah sempena sambutan Ambang Tahun 2010 di Dataran Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan, Sukau Khamis lepas.

SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengajak rakyat di agar menjadikan permulaan tahun baru 2010 sebagai pentas muhasabah diri ke arah meningkatkan kemajuan bersama dari aspek sosioekonomi, ilmu dan kestabilan politik kawasan itu.

Kesediaan masyarakat secara individu dan kelompok mengenalpati serta memperbaiki setiap kelemahan lepas, katanya, merupakan satu terjemahan dalam mentranformasi diri ke arah perubahan hidup yang lebih berkesan, berdaya saing dan berdaya maju, terutama dalam merubah suasana kampung yang berlandaskan kehendak dan acuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Sebenarnya kita boleh memiliki iltizam dan azam sedemikian. Kita berkeupayaan mencorakkan putih dan hitam dalam kehidupan kita....Kalau sudah waktunya kita mengharapkan satu kemajuan, kenapa tidak pada tahun 2010 ini, seiring dengan falasafah dan cita-cita kepimpinan negara dan di Sabah didokong dan pertanggungjawabkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa haji Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ambang 2010 anjuran Jawatankuasa Sukan Komuniti dengan kerjasama badan-badan JKKK dan penduduk Kampung Perpaduan, Batu Putih, Kampung Mengaris dan Tinosa Jaya di sini, Ahad lepas.

Sebagai salah seorang wakil rakyat BN di Kinabatangan, katanya, soal menerapkan kecintaan rakyat terhadap harapan, aspirasi, kredebiliti serta tanggungjawab di sebalik gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bukan saja yang rumit dengan membudayakan amalan' menang-menang' untuk kebaikan bersama.

Sebagai contoh, tegas Saddi, kerjasama antara rakyat dengan kerajaan, dipekasakan oleh sikap telus dan kerajinan oleh pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi, kawasan serta pemimpin di peringkat negeri dan perekutuan boleh membawa kejayaan besar kepada sebuah Kinabatangan yang mencapai kemajuan dalam tempoh singkat.

Lebih 700 penduduk di sekitar berkenaan hadir meraihkan sambutan itu mewakili kalangan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Kinabatangan.

Tambah wakil rakyat itu, kemampuan kawasan ini yang menonjol dalam beberapa bidang ekonomi berasaskan perladangan, pertanian, perikanan, pelancongan, hartanah dan banyak lagi, masih membolehkan masyarakat bumiputera maju ke hadapan, jika mereka terus berminat 'menjiwai' peluang ekonomi yang ada.

Tambah Saddi, idealisma terhadap kemunduran yang masih wujud di kawasan untuk mampu diasah rakyat terhadap tuntutan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicanang kerajaan 37 tahun lalu, boleh menjana iltizam ktritis serta paradgima baru untuk melahirkan sebuah masyarakat perdagangan dan masyarakat perindusterian bumiputera di Kinabatangan.

“ Ini semua masih bukan mustahil jika berkerjasama ke arah kemajuan itu. Itu sebabnya saya mengujudkan sebuah korperasi yang berasaskan pertanian dan perikanan dan boleh melabur dalam banyak bidang, “ kata Saddi yang menambah keutamaan terhadap sambutan tahun baru itu bukan saja untuk menyatukan perpaduan rakyat, tetapi medan untuk memperbaiki diri dan masyarakat.

Usaha menjana kemajuan ekonomi itu, tambah Wakil Rakyat itu, tidak terhad dalam badan itu, sebaliknya setiap rakyat dan pemimpin terlibat mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mencapai apa yang diharap-harapkan.

Sehubungan itu, Saddi menggesa agar seluruh rakyat, pemimpin akar umbi dan seluruh kakitangan kerajaan di sini peka terhadap rangkaian persikitaran pembangunan dan ekonomi di kawasan itu, termasuk disalurkan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK10, mencakupi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Halatuju Pembangunan Negeri dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang rancak dijayakan kerajaan.

Katanya, kepekaan semua pihak terlibat mampu meletakkan kawasan ini bukan saja tersenarai dalam program pembangunan berkenaan, tetapi dapat dimanfaatkan rakyat secara holistik dari seudut kepentingan jangka pendek dan jangka panjang.

“ Maka penghayatan mendalam terhadap kelemahan lalu, bukan saja membolehkan kita terlibat dalam semua saluran kemajuan yang kita inginkan, tetapi pendekatan yang telus, bermoral, berdidikasi dan lebih berdisiplin membantu kita untuk memenuhi pencapaian kemajuan dunia dan akhirat bagi kalangan masyarakat Islam di kawasan ini,” katanya.

Selesai.