Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau






KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman menasihati para pemimpin di kawasan itu agar tidak melaga-lagakan pemimpin dengan pemimpin lain kerana ia satu perbuatan yang memecah-belahkan perpaduan.

` Mereka ini boleh diibaratkan sebagai `langau’ yang berkeliaran ‘, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Parpaduan, Batu Putih 1 & 2 dan penyerahan bantuan projek bekalan mukim Batu Puteh di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi, kelmarin.

Beliau menjelaskan ia dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tiada masalah dalam membelah nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau.

` Kami telah lama berjuang bersama-sama dalam Umno dan kami tidak menghadapi apa-apa masalah’, tegasnya sambil memberitahu dimana orang-orang yang bermasalah ini adalah para pemimpin yang sakit hati terhadapnya membuat laporan buruk mengenainya kepada Datuk Bung Moktar.

Saddi hairan dengan sikap `langau’ berkenaan yang cuba merosakkan perpaduan dan jalinan kerjasamanya dengan Datuk Bung Moktar.

` Saya tidak pernah lawan Ketua Umno Bahagian (Datuk Bung Moktar) semasa pemilihan Umno tahun lepas, tetapi cuba mahu mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian ‘, katanya.

Beliau berkata pemilihan telah berlalu dan ia menerima kekalahan berkenaan cuma ada pemimpin Umno yang melaga-lagakannya dengan Datuk Bung Moktar dengan menghantar laporan yang buruk.

` Tidak ada laporan yang baik dihantar kepada Datuk Bung Moktar terhadap diri. Apabila kita hari-hari dikipas oleh orang tertentu sudah tentu kita pun panas ‘, tegasnya.

Saddi yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Perpaduan mengingatkan para pemimpin berkenaan jangan putar belit fakta untuk kepentingan individu.

` Saya dan Datuk Bung Moktar Radin mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya melayan sikap pemimpin yang memecah-belahkan perpaduan’, katanya.

Dalam pada itu, Saddi juga tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung dan para pemimpin di bawah pentadbirannya untuk tidak melayan dan tidak hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Datuk Bung Moktar Radin atau para pemimpin di bahagian Umno Kinabatangan.

` Saya mahu mereka menghormati para pemimpin terutamanya Datuk Bung Moktar Radin yang merupakan pemimpin yang telah lama mencurah bakti untuk kebaikkan dan keselesaan rakyat Kinabatangan.

Beliau meminta para pemimpin ini agar menghentikan perbuatan `langau’ ini yang hanya merosakkan perpaduan antaranya dengan Datuk Bung Moktar Radin sehingga rakyat keliru.

Pada majlis itu, Saddi telah menyampaikan bantuan tangki air kepada dua keluarga, 61 keluarga terima bantuan zink dan 100 buah kerusi untuk dewan serbaguna kampung.

Selesai