Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Unit Media DUN N.48 Sukau telah bersedia menghadapi PRU-14



‘Bengkel Pemantapan Media Baru Menjelang PRU-14’ #KempenAntiFitnahN48Sukau ,disifatkan berjaya mencapai matalamatnya dengan kehadiran Pengerusi-pengerusi JKKK dan belia-belia dari ceruk kampung dan bandar selaku golongan sasar yg diketengahkan dalam bengkel ini. 

Bengkel memfokuskan etika penggunaan media sosial dalam penyebaran maklumat khususnya menangani isu serta fitnah yg kini hangat di pelbagai saluran media. 

Beberapa penceramah termasuk pihak keselamatan, pakar ICT, pakar media grafik dan penulis media telah membentangkan kertas kerja mereka.

Tahniah kepada Persatuan Masyarakat Brunei Cawangan Tanjung Aru.





Perasmian SUKAN RAKYAT oleh YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48 Sukau, Anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Cawangan Tanjung Aru Sandakan..Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur diatas kejayaan mengadakan aktiviti kesukanan seperti ini yg mendekatkan pemimpin bersama rakyat..

Sekitar "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat" Kg Sukau




YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman selaku ADUN kawasan N48 Sukau merasmikan PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT di Dataran Tamu Pekan Sukau sebentar tadi. Pengisian majlis antara yang utama adalah Sesi Taklimat pendaftaran E-Kasih daripada Unit ICU Kota Kinabalu dan Bantuan Kebajikan daripada Jababatan Kebajikan Daerah Kinabatangan yang mberi penjelasan kepada masyarakat. 

Selain itu juga penyerahan Bekalan Projek ADUN daripada wakil rakyat Dun Sukau. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa JKKK Kg. Sukau selaku penganjur serta semua yang terlibat menjayakan majlis ini...

YB ADUN Sukau prihatin nasib pesakit kanser di Kg Paris 1



Selesai merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Zon Sukau di SK Paris, Kinabatangan. Saya sempat melawat En Mohd Dasim, mantan kakitangan awam negeri Sabah juga seorang pesakit kanser kronik di kediamannya di Kg Paris 1, Kinabatangan. Semoga beliau dikurniakan kekuatan dan cepat sembuh daripada penyakit yang dialami. Amin..

Alhamdulillah..Satu lagi inisiatif kerajaan telah tertunai.




Sebentar tadi YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48 Sukau merasmikan seterusnya membuat penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia Peringkat Daerah Kinabatangan bagi Zon Sukau di Dewan S. K Paris Kinabatangan disaksikan oleh Y.Bhg Tuan Suhaimi Hj Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan..Jutaan terima kasih kepada semua yg menjayakan majlis ini..

Permasalahan rakyat diselesaikan dengan segera.






Selepas menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kinabatangan, ekoran laporan serta aduan penduduk, YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman bergegas ke Kg Litang, Kinabatangan bagi melihat sendiri permasalahan rakyat yang dilaporkan itu. 

Pada lawatan singkat tersebut beliau telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina semula sebuah jambatan usang dan telah mengenal pasti punca masalah bekalan elektrik yang masih belum beroperasi yang akan dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diselesaikan. Turut serta dalam lawatan ini, Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan En Madinin Jenin.

Semoga Syiar Islam terus mekar di bumi Kinabatangan





Sebentar tadi YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48 Sukau merasmikan Majlis Tilawah Al Quran Tahun 1438/2017M Peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan. Jutaan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur Pejabat Daerah Kinabatangan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kinabatangan, Akademi Tahsin Al-Quran Daerah Kinabatangan, jabatan-jabatan yang terlibat dan keseluruhannya yang menjayakan program mengimarahkan majlis keagamaan seperti ini...

NGO, jangan halang pembangunan untuk rakyat - Saddi







Hari ini menjadi tercatat sejarah Lawatan Kerja YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman selaku wakil rakyat di kawasan membuat lawatan bersama pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan Agensi Media untuk memberi gambaran jelas/tepat Projek Pembinaan Jambatan Ke-2 Kinabatangan yg menjadi kompenan utama dalam Pelan Pembangunan Sukau.

Ayuh kita LIKE BERSAMA page DUN SUKAU KINI sebagai tanda sokongan rakyat DUN Sukau agar Pembinaan Jambatan ini diteruskan tanpa ada kekangan dari pihak NGO luar mahupun tempatan...SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN