Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Belia pewaris kepimpinan negara



Pagi ini hadir di Seminar Memperkasa Kepimpinan Belia dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Di Dewan Sri Libaran Sandakan..

Bajet 2017 : Rakyat Dijiwai, Kemakmuran Dinikmati"



Baru sebentar tadi yang dikasihi YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah selesai membentangkan Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan 2017 atau bajet Negeri 2017 di Dewan Undangan Negari Sabah, Yang bertemakan "Rakyat Dijiwai, Kemakmuran Dinikmati" insyaAllah saya akan turut membahas bajet ini Pada hari selasa 22hb. Nov, 2016.

Semoga dipermudahkan urusan berhubung Skim Pekebuh Kecil


Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Skim Pekebun Kecil Daerah kinabatangan 1/2016 yang di pengerusikan oleh saudara Saat Durasit Juru ukur Daerah sandakan/PPHT kinabatangan. Alhamdulilah banyak masalah hal pemilikan tanah skim ini dapat diselasaikan

Alhamdulillah...


Hari ini saya menerima draft laporan akhir cadangan untuk mengujudkan Pusat Pentadbiran Daerah Baru (Daerah kecil) bagi kawasan DUN N. 48 Sukau, Kinabatangan menjelang tahun 2020 daripada Institute for Development Studies Sabah (IDS). Saya akan meneliti draft ini sebelum dimuktamadkan oleh pihak IDS & Kementerian Pembangunan Luar bandar Sabah untuk dibentangkan kabinet & Kerajaan Negeri Sabah. Kepada Rakyat DUN Sukau marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar cadangan ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

Syabas RT Daerah Kinabatangan




Malam ini meluangkan masa merasmikan Program Malam Penghargaan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kinabatangan 2016 yang turut dihadiri oleh Puan Delin Liet Blaun Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Sabah.

Pelan strategik dirangka untuk kampung pesisir







Hari ini mengetuai lawatan kerja sehari bersama seramai 25 pegawai kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Ag. supain, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ke 15 buah kampung persisiran pantai di bawah pentadbiran MPS.. Alhamdulilah kita telah bersetuju untuk merangka satu plan strategik untuk membangun kampung-kampung yang terlibat dan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas untuk pertimbangan kerajaan.

Telus dan proaktif tangani masalah rakyat - Saddi




Hari ini YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan watikah perlantikan kepada PJKKK kawasan DUN N48 Sukau dalam sebuah majlis sederhana bertempat di Conference Room, Airport Golf Driving Range, Batu 7 Sandakan.
Majlis dwi tahunan ini telah dihadiri oleh seramai 42 orang pengerusi-pengerusi JKKK dari kampung-kampung di dalam kawasan DUN yang beliau wakili.
Dalam ucapannya antara lain YB Datuk Saddi melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua JKKK yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di kampung masing-masing.
Beliau seterusnya berharap agar JKKK yang telah dilantik sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa peka terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pada majlis ini juga beliau menyeru kakitangan UPPM Sukau agar berperanan lebih pro-aktif, lebih sensitif dengan masalah rakyat yang disampaikan oleh JKKK dari segala sudut dan aspek. Beliau menekankan bahawa tiada kompromi dalam konteks menangani isu dan masalah rakyat.

Agenda baharu Korporasi Pembangunan Desa Sabah




Alhamdulillah.. Selepas selasai sehari lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi & pengusaha-pengusaha tanaman strawberry, sebentar tadi baharu selasai mempengerusikan Mesyuarat Khas 1/2016 BOD Korporasi Pembangunan Desa Sabah di meeting room Century Pines Hotel Resort, Cameron Highlands, Pahang DM.

Meninjau penanaman strawberry di Cameron Highlands



Lawatan kerja sambil belajar ke Taman Agroteknologi Mardi di Cameron Highlands, Pahang D.M oleh Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD). Dalam perancangan, KPD berminat untuk venture dalam penanaman strawberry di Kundasang untuk menjadi strawberry, produuk baru Agro pelancongan di sabah.