| Saddi menberikan kata-kata semangat kepada Pn Muhimmah sambil diperhatikan oleh para pemimpin kampung | 
|  | 
| 
Menyaksikan rumah yang musnah dijilat api
sambil dijelaskan oleh salah seorang anak mangsa kebakaran tersebut | 
| 
Saddi menyampaikan sumbangan kepada Muhimmah Binti Arbi  | 
|  | 
| Saddi beri sumbangan yang sama kepada Husir Singgong | 
|  | 
| Dua rumah berjiran musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Sukau malam Jumaat | 
|  | 
| Sebahagian daripada saki baki rumah yang hangus terbakar | 
Dua buah rumah kediaman
berhampiran yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada tengah malam Jumaat lepas di Kampung
Sukau di sini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini,
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Kedua-dua kediaman itu yang
dimiliki pengusaha homestay, Husir Bin Singgong serta  jirannya, Puan Muhimmah Arbi , 50an telah mendapat
sumbangan  peralatan membina semula
kediaman, diikuti pakaian orang dewasa serta kelengkapan anak-anak sekolah
sebagai ihsan kerajaan Barisan Nasional
Sebagai tanda simpati, wakil
rakyat itu turut menghulurkan sumbangan wang tunai peribadi  beliau bagi meringankan lagi beban yang sedang
ditanggung oleh kedua-dua keluarga akibat kejadian tersebut.
“ Saya juga sedang memerhatikan
perkembangan kedua keluarga ini. Jika ada keperluan tambahan, kita sedia pertimbangkannya demi kebaikan mereka,” katanya selepas melakukan
tinjauan  ke atas kejadian itu pada
Jumaat.
Turut bersama-sama beliau turun padang menunjukkan simpati ialah
isterinya, Datin Noraidah Jambri dan
para pemimpin kampung.
Pada tengah malam jumaat.
Kedua-dua  keluarga terlibat mengalami
keadaan ‘sehelai sepinggang apabila kediaman mereka yang dibina lebih  20 tahun lalu musnah dijilat api pada
kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 12.30 malam.
Difahamkan, ekoran belum
beroperasinya kemudahan Pejabat Operasi Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat
Daerah di daerah Kinabangan yang masih dalam pembinaan, kebakaran itu yang
hanya mengambil masa kurang sejam itu gagal dipadam  kerana api merebak begitu cepat.
Keadaan tersebut hampir merebak
ke bangunan sekolah rendah berhampiran tetapi cuba dihalang oleh penduduk
sekitar yang mendengar jeritan mangsa terlibat. Bagaimanapun, tidak ada
kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut beberapa orang mangsa,
kebakaran itu  dipercayai berpunca  daripada litar pintas. Bagaimanapun punca sebenar
kebakaran serta kos kerugian kedua-dua rumah terlibat masih lagi disiasat.
Saddi ketika menemui kedua buah
keluarga mangsa itu telah menyampaikan 
rasa simpati beliau di atas 
musibbah yang mereka hadapi dan menyatakan kesediaan kerajaan serta dirinya
untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Dalam pada itu, Saddi
mengingatkan para penduduk di kawasan diwakilinya supaya terus berhati-hati
bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
“ Apalagi pada bulan Ramadhan
ini, elakkan  dari aktiviti memasak
makanan tanpa menghiraukannya bagi mengelakkan kejadian kebakaran seumpama itu.
Kepada kedua keluarga yang
terlibat dalam kejadian itu, katanya, mereka perlu besabar dengan ujian yang
diberikan, semuga Allah Swt akan memberikan mereka hikmah yang lebih baik
selepas bencana yang dihadapi.
28 Julai 2012
