Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

YB SADDI MELANCARKAN BANGUNAN PRT SUKAU

Saddi bersama akmalina menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sempena majlis perasmian bangunan PRT di Kg sentosa Jaya Sukau.

Majlis penyerahan bangunan.



Saddi menarik kain pemidang papan tanda sebagai simbolik Majlis Perasmian Bangunan Pusat Rukun Tentangga Kampung Sentosa Jaya.


SUKAU:


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman menyambut baik hasrat Jabatan Perpaduan Negara Cawangan Sabah untuk mengujudkan sebuah kompleks Perpaduan dalam kawasan Daerah Kinabatangan bagi memenuhi hasrat jabatan tersebut.


Kalau perlu, katanya, beliau menawarkan diri supaya kompleks tersebut di bina dalam kawasan Dun Sukau, berhampiran dengan Pejabat Pusat Rukun Tetangga (PRT) yang terletak di Kampung Sentosa Jaya, dalam kawasan Dun Sukau di sini.


“ Saya menawarkan kalau boleh kompleks tersebut dibina dalam kawasan Pekan Baru Sukau, di Kampung Sukau. Berapa keluasan tanah yang dikehendaki jabatan ini, pihak saya memberi jaminan untuk menyediakannya di kawasan tapak pekan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri sempena perasmian Bangunan Pusat Rukun Tetangga Daerah Kinabatangan bernilai lebih RM200,000 di Kampung Sentosa Jaya di sini pada Sabtu.


Saddi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau itu berkata, pelbagai kebaikan dengan terbinanya bangunan seumpana itu di pekan berkenaan, khususnya dalam menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat, golongan pelabur di bidang perladangan serta perlancongan, diikuti masyarakat luar berbilang kaum yang terus berkunjung ke kawasan itu.


Katanya, kewujudan sebuah kompleks Perpaduan di kawasan tersebut bukan semata-mata memfokuskan soal perpaduan di kalangan golongan sasaran itu, tetapi ianya amat bermakna dalam menjana pembangunan sosioekonomi masyarakat terlibat, selaras dengan dasar dan matlamat kerajaan.


“ Kerana nilai perpaduan yang tinggi dan berkualiti, akan membentuk masyarakat bukan saja harmoni dan sejahtera dalam konteks perpaduan, tetapi bekerjasama dalam menjana pembangunan ekonomi sejagat.


“ Aspirasi ini terkandung dalam dasar Tranformasi Nasional yang menjadi intipati Gagasan Satu Malaysia dan turut menjadi elemen penting Model Baru Ekonomi. Sebagaimana yang kerap ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, perpaduan nasional amat berkesan dalam soal pembangunan ekonomi, keselamatan dan kejayaan pendidikan serantau,” katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Puan Nurul Akmalina Haji Samsudin, pegawai-pegawai di bawah jabatan tersebut di Kinabatangan dan Sandakan dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat yang diketuai PKRnya, Sharin Haji Abdul Rahman.


Ketika menyampaikan ucapan di majlis itu Akmalina berkata, jabatannya sudah mempunyai cadangan untuk membina kompleks Perpaduan sedemikian di Sabah.


Katanya, kompleks seumpama itu boleh diwujudkan di Kinabatangan sekiranya ada pihak menawarkan sebidang tanah bagi pembinaannya.


Saddi berkata, selain kawasan ini menjadi tumpuan pelancongan masyarakat luar dan berbilang kaum di negara ini, kawasan ini sendiri didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan majoritinya dari kalangan etnik masyarakat Sungai, diikuti kepelbagaian etnik Bugis, dusun, iban dan banyak lagi.


Mengenai kewujudan Pusat Rukun Tetangga di Sentosa Jaya itu, Saddi berharap kewujudannya dapat meningkatkan nilai perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat daerah ini.


Dengan pelbagai aktiviti masyarakat yang diadakan, diikuti komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan dan petugas jabatan itu, kata Saddi, beliau percaya isu berkaitan keselamatan, masalah sosial khususnya penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas di kalangan remaja di kawasan ini dapat dibendung secara berperingkat-peringkat.


Ianya bukan saja, kata Saddi, dapat membantu kerajaan mengatasi pelbagai masalah yang timbul di kalangan remaja masa kini, tetapi yang tidak kurang penting dapat meningkatkan imej kemajuan terhadap rakyat di kawasan Dun Sukau.


“ Sebagaimana yang saya tegaskan, saya dan Unit PKR Dun Sukau akan sentiasa berkerjasama dengan Jabatan ini. Kalau ada aktiviti yang memerlukan penyertaan saya, sudah tentu demi rakyat dan kawasan ini saya tidak akan menolaknya,” katanya sambil memberikan mesej Sambutan Hari Raya kepada masyarakat Dun Sukau.
Selesai.

Program Juara Rakyat Peringkat Negeri & Sambutan Aidilfitri Bersama Perdana Menteri Di Padang Bandaran Sandakan

Penghibur terkenal dari Indonsesia, Rossa Roslaina Sri Handayani atau Rossa adalah tunggak utama barisan artis terkenal menghiburkan kira-kira 50,000 orang pengunjung sempena Juara Rakyat Peringkat Negeri dan Sambutan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Padang Bandaran Sandakan, 16 September (Rabu) ini.


Pengerusi Persembahan, Saddi Abdul Rahman berkata, kedatangan penghibur yang mempopularkan lagu 'Ayat-Ayat Cinta', aku bukan untuk mu, ' pudar' dan banyak lagi itu akan menyampaikan beberapa lagu daripada beberapa albumnya termasuk yang bertemakan lagu-lagu hari raya bagi menghiburkan orang ramai.


Turut serta mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri bersama sejumlah pemimpin kabinet dan orang-orang kenamaan tempatan.


Saddi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau berkata, ketibaan Rossa yang merupakan penerima anugerah artis wanita paling terkenal di Indonesia tahun 2002 ke Sabah adalah dijayakan oleh Suria Record dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan Julang Kemuncak Sdn Bhd.


Katanya, syarikat itu juga turut memainkan peranan untuk membawa beberapa orang lagi penyanyi terkenal tanahair bagi mengandinggi Rossa. Antaranya Anuar Zain, Misha Omar, Ampal, Shabi Saddi. Marsha dan beberapa orang penyanyi termasuk kelahiran Sabah. Anuar dan Misha adalah bekas juara Anugerah Juara Lagu terbitan TV3, manakala Marsha penyanyi kelahiran Akademi Fantasia. Sabhi dan Ampal merupakan penghibur tempatan yang sudah dikenali di tanahair.


Sebelum ini ada usaha untuk mengundang Juara Malaysian Idol, Jackelyn Victor.


Tetapi oleh kerana penyanyi itu telah mendapat tempahan mengadakan pertunjukan lebih awal di tempat lain dan sukar untuk dibatalkan, maka penyertaannya ditukar kepada Anuar Zain.


Katanya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku pemimpin utama Sabah berpuas hati dengan persiapan penganjuran program itu termasuk dengan persiapan persembahan bagi menghiburkan rakyat jelata.


" Matlamat penganjuran ini tidak lain tidak bukan untuk membolehkan masyarakat khususnya di Sandakan untuk mendengar amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib berkaitan sambutan berkembar ini, diikuti amanat dari Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa," kata Adun Sukau itu


Kata Saddi, usaha mendapatkan penyertaan Rossa semenangnya sukar kerana penyanyi itu terus mendapat undangan dari banyak pihak di Indonesia dan Malaysia.


" Namun kerana beliau tertarik dengan konsep program ini dan julung-julung kali datang ke Sabah, khususnya di bandar ini, maka pihak beliau akhirnya sudi menerimanya. Saya sendiri terasa gembira dengan kesediaan ini yang merupakan satu penghormatan besar Penganjuran Juara Rakyat Peringkat Negeri," katanya.


Dalam pada itu, Saddi mengingatkan orang ramai supaya dapat datang lebih awal ke tapak pertunjukan untuk mempastikan kehadiran mereka tidak berasak-asak dan mudah mengambil tempat yang disediakan secara teratur dan lancar.


" Yang Penting juga saya mengharapkan orang ramai merasa amat selesa dan terhibur dengan apa yang kami usahakan sebelum ini,"

Saya Tidur Lewat Fikir Masalah Rakyat: Saddi


SUKAU :



Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Yb Saddi HJ Abdul Rahman menegaskan, beliau memegang prinsip untuk tidak membeza-bezakan masyarakat di kawasan persisiran pantai dan tanah besar Sukau dalam menunaikan tanggunjawabnya sebagaiwakil rakyat kawasan itu.



Sebaliknya, katanya beliaumahu memastikan semua kelompok masyarakat di kawasan tersebut bukan saja disatukan dari bentuk pentadbirandan perkhidmatan sertasumber sosioekonomi, malahan mencapai keseimbangan dalam bentuk pembangunan infrasruktur, demi kebaikan bersama.



"kemiskinan rakyat dan kedudukan Sukau yang luas membuatkan saya sentiasa lewat tidur untuk berfikir menyelesaikannya.Bagaimana untuk memajukan kawasan ini dari segi pembangunan dan ekonomi . Tapi saya tetap seronok dan bangga kerana setiap pendekatan dan perancangan untuk tujuan ini terus mendapat kerjasama seluruh rakyat" katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di zon Litang di Dewan Makan Ladang Hap Seng di sini.



Menurut Saddi, langkah beliau untuk mengemukakan kepada kerajaan cadangan mengujudkan sebuah kawasan perkampungan nelayan yang moden dilengkapi dengan kemudahan asas pembangunan serta perikanan adalah bagi menseimbangkan kemajuan rakyat di kawasan ini sesuai dengan persekiratan ekonomi masing-masing.



Katanya, kalau masyarakat peladang Bumiputera dikawasan ini ada yang kini meraih pendapatan yang agak besar dari sektor tersebut, adalah amat wajar masyarakat nelayan di kawasan ini meraih pendapatan yang serupa kerana persekitaran ekonomi mereka yang memang kondusif dan hanya memerlukan kemudahan yang cukup.



Usaha meningkatkan kemajuan masyarakat nelayan di sini sudah dimulakan dengan langkah kerajaan menyalurkan kemudahan bekalan air bersih menerusi sistem saluran dasar laut dari Bandar Sandakan ke Pulau Tanjung Aru bernilai RM15 juta yang siap tahun depan.



"ini diikuti dengan usaha merancakkan penyaluran tenaga bekalan elektrik ke kawasan ini, sebelum ianya disalurkan kepada kampung-kampung nelayan yang lain secara berperingkat. kalau cadangan kita diterima banyak kemudahan dalam sektor perikanan yang memberi manfaat kepada rakyat memajukan bidang ini, seterusnya menguntungkan ekonomi negeri", katannya.



Saddi kemudian menggesa masyarakat di kawasan ini supaya menjadikan bulan Ramadhan masyarakat untuk mendapatkan keberkatan dengan berusaha bersungguh- sungguh dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat setempat.



Pada majlis itu, Saddi turut menyatakan rasa penghargaannya kepada pihak pengurusan ladang Hap Seng yang serius membantu kerajaan memajukan rakyat di sekitar Litang, khususnnya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan, diikuti bantuan dari segi kemudahan pendidikan dan kesihatan di kawasan tersebut.

Menyebabkan Sukau Terus Ketinggalan berbanding daerah lain "SATU KAPAL DUA NAKHODA"

Utusan, Jumaat 27 Ogos 2010.

SUKAU-

Pentadbiran daerah Sukau yang bersifat` satu kapal dua nakhoda' menyebabkan pembangunan daerah itu tidak dapat di bangunkan dengan lebih berkesan.
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sukau, saddi Abdul Rahman berkata, pentadbiran melibatkan Majlis Daerah Sandakan (MDS) dan pejabat Daerah Kinabatangan itu menyebabkan Sukau terus ketinggalan berbanding daerah-daerah lain.
Justeru katanya, pentadbiran daerahitu harus dijenamakan semula melalui pengawasan satu daerah sahaja melalui pejabat Daerah Kinababatangan ." Walaupun semua pihak mahu memberikan yang terbaik kepada masyarakat tetapi kedua-dua pihak tidak sekata atas sebab-sebab munasabah.
"Suasana inilah yang membelenggu pembangunan kewasan Dewan Undangan negeri (DUN) Sukau sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di majlis kampung Baungun Besar disini semalam.
Menurutnya, akibat itulah banyak pembagunan infrastruktur dirancang gagal disediakan di kawasan DUN berkenaan sejak sekian lama. Katanya, ini terbukti apabila kawasan itu masih menjadi antara kawasan termiskin dinegeri ini meskipun Kinabatangan mampu menyediakan jumlah kutipan hasil kelapa sawit berbilion ringgit setiap tahun.
Tambahnya, keadaan itu turut menyebabkan nasib masyarakat nelayan dikawasan pesisir pantai di daerah itu gagal mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan." Peruntukan untuk pembangunan dan sosioekonomi masyarakat ini bukan sahaja sukar untuk diperoleh ats kekangan tertentu tetapi bentuk dan aspirasi pentadbiran pejabatDaerah Kinabatagan dan MPS yang berbeza menghalang tumpuan pembelaan sepenuhnya terhapa rakyat."katanya.
sementara itu Saddi berkata, pelancaran pekan baru Sukau pada 24 Julai lalu oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membolehkan kawasan itu diberi perhatian lebih oleh kerajaan.
Malah katanya, seluruh kawasanpersisiran pantai di daerah itu akan turut menerima banyak manfaat pembangunan daripada pewujudanpekan baru tersebut." Apatah lagi jka kerajaan bersetuju dengan cadangan agar pentadbiran daerah ini dapat diberi kuasa sepenuhnya kepada Pejabat Daerah Kinabatangan ia pastinya akan melonjakkan pembangunan daerah." ujarnya.

SUKAU TIDAK DAPAT PROJEK NKRA: SADDI


Utusan Borneo : Jumaat,26 Ogos 2010


KOTA KINABALU:


Sukau mungkin akan terus menjadi antara kawasan termiskin di Sabah memandangkan sekarang ini ia tidak menerima walau satu pun projek luar bandar di bawah tabung BIdang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Suaku, Saddi Abdul Rahman, kesal kerana kementerian Pembangunan Luar Bandar & wilayah tidak menyalurkan projek pembangunan untuk menyediakan kemudahan asas di Sukau.


" Bersama- sama wakil rakyat lain, saya telahmenyenaraikan lebih 94 projek luar bandar bernilai lebih RM100 juta yang diperlukan di kawasan Sukau, terutamay kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.


" saya mengemukakan cadangan untuk pembiyaan di bawah NKRA kepada kementerian berkenaan sebelum tarikh akhir pada 10 September tahun lalu. malangnya, tidak ada satupun projek luar bandar di bawah tabung NKRA yang berjumlah berbilion-bilion ringgit diluluskan dan diberkan kepada Sukau sehingga sekarang," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di Keningau baru-baru ini bahawa kerajaan akan menyiasat bagaimana peruntukan kerajaan dibelanjakan untuk projek-projek pembangunan di negeri ini.


Musa berkata didapati peruntukan bagi kawasan- kawasan tertentu kadang kala tidak selari dengan jumlah yang dinyatakan ketika taklimat oleh ketua-ketua pentadbiran tempatan.

" Kerajaan akan mengambil tindakan perlu untk mengenal pasti ke mana perginya wang berbilion-billion ringgit itu," kata Musa.


Saddi berkata adalah penting siasatan seperti itu dijalankan kerana kerajaan, lebih- lebih lagi para wakil rakyat bertanggungjawab menjelaskannya kepada akar umbi. " Apa yang telah dikatakan Musa itu tepat pada waktunya dan siasatan seperti itu harus dilaksanakan kerana tabung pembangunan untuk menjalankan projek adalah untuk membolehkan rakyat menikmati kemudahan asas dan kemudahan yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka serta membawa keselesaan kepada mereka" katanya.


Penduduk Sukau dari 42 kampung telah menunggu projek pembangunan daripada kerajaan untuk menyediakan jalan raya yang lebih baik serta bekalan air dan elektrik yang masih ada antara mereka belum nikmati.


" Penduduk kampung mempersoalkan apa yang terjadi dengan tabung NKRA dan kenapakah tidak ada satupun projek diluluskan di Suaku. Mereka hairan kenapa kerjaan telah mengabaikan kepentingan dan keperluanmereka.


" Saya juga merasa kecewa kerana kementerian itu tidak memberi jawapan kepada beberapa suat susulan yang saya kemukakan. Dalam surat-surat itu saya bertanya sama ada Sukau akan memperoleh sebarang projek luar bandar di bawah tabung NKRA katanya".



YB UPSET SUKAU HAS BEEN LEFT OUT


WED,25TH AUG,2010- Daily Express


KOTA KINABALU-


Sukau may continue to beamong the poorest State constituencies in Sabah since it has not received a single rural development project under the National Key Results Area (NKRA) funds.


Its Assemblyman Saddi Abdul Rahman was disappointed that the Ministry of Rural and Regional Development did not consider channeling some development projects to provide basic amenities in Sukau.


" Together with other elected representatives, I had listed more than 94 rural projects worth overRM100 million that are needed in Sukau particularly basic amenities like roads, supply of water and electricity, among others.


" I submitted my proposal for funding under NKRA to the Ministry before the deadline on Sept 10 last year.

' Unfortunately, not even a single rural project under NKRA's billions of Ringgit in funds has beenapproved and given to Sukau until now," he lamented here, on Tuesday.


He was responding to a statement by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman;s in Keningau, that the government will probe how government allocations are spent for development projects in the State.


Musa said it was interesting that allocations for certain areas sometimes did not match the sum stated during the briefings by heads of local administrations. " The government will take necessary actin to identify where the billions went to." Musa said at a briefing by five district officers.

-Keningau, Tenom, Nabawan, Tambunan and Ranau- on development strategies adopted for each district at perkasa Hotel, in Keningau on Monday.


Saddi said it is vital for such investigation to be carried out as the government, especially elected representatives, are answerable to the grassroots.


"What Musa has said is timely and such probeshould be implemented as the development funds to carry out projects are for the people to enjoy basic amenities and facilities that could elevate their living standard and bring comfort to their lives', he said.


Sukau residents from 42 villages have been waiting for rural development projects from the government to be provide better road conditions as well as supply of water and electricity which some have yet to enjoy.


"The villagers are questioning what has happend to the NKRA funds and why not even one projects is approved for Sukau. They are feeling cynical about why the government has overlooked their interests and needs.


"I am also feeling disappointed that the ministry has not responded to several follow- up letters that I have submitted. In the letters, I have asked whether Sukau will be getting any rural projects under NKRA funds", he said.


KOMPUTER RIBA 1 MALAYSIA

salah seorang pelajar yang layak menerima sumbangan komputer riba. 



Para kakitangan TM dan pemimpin masyarakat Sukau sibuk mengagihkan Komuter Riba kepada pelajar yg layak 







Saddi menyampaikan komputer riba 1 Malaysia kepada salah seorang pelajar sambil disaksikan Ahmad Nur dan Abdul Latif. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Barisan Nasional (BN) berupaya menunjukkan kedudukannya sebagai kerajaan yang kuat menerusi pemberian 1 juta unit komputer riba 1 Malaysia secara percuma ke sekolah-sekolah menengah di negara ini.


Katanya, menerusi pemberian kemudahan itu rakyat khususnya di kawasan luar bandar amat terharu serta menunjukkan keyakinan yang lebih kuat untuk mengekalkan kerajaan ini dalam pilihanraya akan datang.


“Inilah jaminan yang disuarakan rakyat di kawasan ini. Mereka yang rata-ratanya ketinggalan dalam dunia bidang Teknologi Maklumat dan IKomunikasi (ICT) amat tidak menyangka apa yang dijanjikan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan benar-benar satu realiti.


“Tapi lihatlah hari ini, pemberian 2,000 unit komputer riba kepada anak-anak kita ini telah menyebabkan laluan kenderaan ke kampung Perpaduan di mana letaknya lokasi pemberian komputer ini mengalami sekatan yang panjang sehingga lebih 7 km.


“Sayapun amat teruja dengan keadaan ini. Lebih-lebih ketika kita sedang menyambut sambutan Hari Kemerdekaan negara ke 53 ” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Komputer Riba 1 Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Dewan Kampung Perpaduan Datuk Ogi di sini. Majlis Pelancaran Penyerahan komputer itu di sini telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sempena Pelancaran Pekan Baru Sukau 24 Julai lepas.


Saddi berkata, pemberian kemudahan itu menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam memberikan pembelaan kepada rakyat termasuk di kawasan luar bandar bahawa keperluan tersebut bukan saja untuk meningkatkan pengetahuan rakyat terhadap bidang ICT tetapi juga pendidikan.


Kata Saddi, rakyat di kawasan Dun Sukau merasa amat bertuah kerana dengan memiliki empat buah pusat jalur lebar yang dibangunkan SKMM sebelum ini iaitu di Kampung Sukau, Kampung Paris, Pekan Bukit Garam dan Kampung Bukit Garam, kawasan tersebut diagihkan 500 unit komputer setiap pusat yang menjadi 2,000 unit keseluruhannya.


Katanya, dengan kemudahan tersebut bukan saja untuk membolehkan rakyat khususnya golongan pelajar untuk melayari segala maklumat global serta pendidikan secara maya, tetapi membantu untuk mengetengahkan lagi kawasan pelancongan di dalam Dun Sukau ke merata dunia.


“Pemberian komputer riba kepada golongan pelajar ini amat bermakna kawasan ini apabila saya sejak bulan Jun tahun lalu telah melancarkan laman blog Dun48 Sukau untuk tujuan meningkatkan penggunaan ICT serta maklumat perkhidmatan E Kasih melalui Unit PKR kepada rakyat,” katanya.


Di bawah laman blog berkenaan, kata Saddi, rakyat bukan saja dapat berkongsi maklumat dalam menjayakan pembangunan sosioekonomi mereka, tetapi dapat menyuarakan pandangan bagaimana untuk memajukan perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan, sesuai dengan aspirasi dan matlamat pembelaan BN di kawasan ini.


Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandik, Pengarah TM Berhad Wilayah Sabah dan Persekutuan Labuan, Ahmad Nor Hisham Mohd Yusof dan Wakil Pengurus Besar Operasi TM Berhad, Arif Haji Lagkura, wakil Jabatan Pelajaran Kinabatangan, guru-guru dan ibu bapa yang terlibat.


Dalam konteks negeri Sabah, kata wakil rakyat itu, SKMM akan mengagihkan komputer riba 1 Malaysia ke 19 kawasan terpilih melibatkan 9,500 unit bagi fasa pertama.


“Jika mengikut kaedah yang disediakan SKMM dalam pembahagian komputer ini, 65 peratus daripada penyalurkan kemudahan ini adalah kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang masih tidak ada langganan jalur lebar, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran,” katanya.


Manakala 35 peratus lagi, kata Saddi, diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan yang kurang liputan (jalur lebar) dan disasarkan seperti kampung-kampung baru dan sebagainya.


Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah kata Saddi, dirujuk sebagai penanda aras kurang berkemampuan dan layak menerima kemudahan itu.


“Ternyata kerajaan menerusi SKMM begitu serius dalam menyediakan keperluan ini kepada rakyat yang memerlukan. Ia dilaksanakan di bawah misi Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan atau NBI. Pelbagai lagi usaha untuk meningkatkan kadar pertumbuhan penggunaan jalur lebar dalam masyarakat,” katanya


Saddi menambah, kadar penembusan jalur lebar di Sabah kini adalah 17.3 peratus dan sasaran sehingga penghujung tahun 2010 adalah di tahap 30.1 peratus sebagai memenuhi tuntutan keperluan ICT itu di peringkat nasional.


Sehubungan itu, Saddi menggesa ibu bapa supaya terus memperkasakan institusi keluarga masing-masing dalam menjana pembangunan pendidikan dan ICT di kawasan ini, sesuai dengan matlamat penyaluran kemudahan itu.


“Saya merayu semua ibu bapa di kawasan ini supaya dapat memimpin anak-anak mereka agar menggunakan kemudahan ini untuk meningkatkan pendidikan. Lihatlah kawasan kita yang terus memerlukan perubahan khususnya matlamat mengujudkan Pekan Baru Sukau yang memerlukan tenaga-tenaga mahir.


“Elakkan kemudahan ini serta ICT daripada menjadi alat untuk meruntuhkan moral dan institusi keluarga. Tetapi jika demi kebaikian, insyaalah kita akan berjaya,” katanya.













Ramadhan- Litang

makan malam bersama kakitangan pegurusan Hap seng Berhad di resort berkenaan
Saddi menyampaikan tikar sembahyang kepada Ali Zailani mewakili surau dibawah tajaan Hap seng

Saddi menyampaikan sumbangan peribadi kepada salah seorang penduduk Litang.


Saddi menyampaikan ucapan lawatan sempena Ramadhan di Litang.



SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, beliau mempunyai perinsip yang kukuh untuk tidak membeza-bezakan pembelaan samada kepada masyarakat yang tinggal di kawasan persisiran pantai dan tanah besar Sukau dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Sebaliknya, katanya, beliau mahu mempastikan semua kelompok masyarakat di kawasan tersebut bukan saja disatukan dari bentuk pentadbiran dan perkhidmatan serta sumber sosioekonomi, malahan mencapai kkeseimbangan dalam bentuk pembangunan infrasruktur, demi kebaikan bersama.
“ Kemiskinan rakyat dan kedudukan Sukau yang luas membuatkan saya sentiasa lewat tidur untuk berfikir menyelesaikannya. Bagaimana untuk memajukan kawasan ini dari segi pembangunan dan ekonomi . Tapi saya tetap seronok dan bangga kerana setiap pendekatan dan perancangan untuk tujuan ini terus mendapat kerjasama seluruh rakyat, “ katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Zon Litang di Dewan Makan Ladang Hap Seng di sini.
Saddi, langkah beliau untuk mengemukakan kepada kerajaan cadangan mengujudkan sebuah kawasan perkampungan nelayan yang moden dilengkapi dengan kemudahan asas pembangunan serta perikanan adalah mensimbangkan kemajuan rakyat di kawasan ini sesuai dengan persekitaran ekonomi masing-masing.
Katanya, kalau masyarakat peladang bumiputera di kawasan ini ada yang kini meraih pendapatan yang agak besar dari sector tersebut, adalah amat wajar masyarakat nelayan di kawasan ini meraih pendapatan yang serupa kerana persekitaran ekonomi mereka yang memang kondusif dan hanya memerlukan kemudahan yang cukup.
Usaha meningkatkan kemajuan masyarakat nelayan di sini sudah dimulakan dengan langkah kerajaan menyalurkan kemudahan bekalan air bersih menerusi sistem saluran dasar laut dari Bandar Sandakan ke Pulau Tanjung Aru bernilai RM15 juta yang siap tahun depan.
“ Ini diikuti dengan usaha merancakkan penyaluran tenaga bekalan elektrik ke kawasan ini, sebelum ianya disalurkan kepada kampung-kampung nelayan yang lain secara berperingkat. Kalau cadangan kita diterima banyak kemudahan dalam sektor perikanan yang memberi manfaat kepada rakyat memajukan bidang ini, seterusnya menguntungkan ekonomi negeri,” katanya.
Beliau menjelaskan, tumpuan di bidang itu sama sebagaimana diberikan terhadap memajukan infrasstruktur Pekan Baru Sukau di kampung berkenaan yang sekaligus akan bertindak sebagai pusat pentadiran baru dengan menstrukturkan semula pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang turut dilengkapi kemudahan perhubungan yang baik seperti kewujudan Jambatan Kedua Sukau.

Kata Saddi, peranan jambatan kedua itu bukan saja mampu menghubungkan masyarakat di Litang dan Pekan Baru Sukau, tetapi berperanan sebagai pusat tumpuan ekonomi di kawasan Pantai Timur Sabah yang sekaligus memperkasakan lagi sektor pelancongan dalam Dun Sukau.
“ Sebagaimana yang sudah dinyatakan Ketua Menteri dalam Sidang Media Pekan Baru Sukau, kita bakal menerima kemudahan pembangunan di kawasan ini bernilai RM200 juta dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10) bermula tahun depan.
“ Maka setiap rakyat harus bersedia dan memberikan kerjasama padu dalam menjayakan pembangunan ini. Kerajaan menyalurkan peruntukan sedemikian kerana memikirkan kepada kepayahan serta sokongan padu yang terus diberikan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) setiap pilihanraya,” katanya.

Saddi kemudian menggesa masyarakat di kawasan ini supaya menjadikan bulan Ramadhan umasyarakat untuk mendapatkan keberkatan dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat setempat.
“ Sesuai dengan kehadiran bulan yang mulia ini, jadikanlah ia untuk mencari kebaikan dunia dan akhirat. Elakkan sekali buruk-memburuk antara satu dengan yang lain. Sebaliknya tingkatkan kerjasama dan persefahaman tentang bagaimana kita boleh menguasai ilmu dan kemajuan, seterusnya mengekalkan pemerintahan kerajaan BN yang kita sayangi ini,” katanya.
Pada majlis itu, Saddi turut menyampaikan rasa penghargaannya kepada pihak pengurusan Ladang Hap Seng yang serius membantu kerajaan memajukan rakyat di sekitar Litang, khususnya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan, diikuti bantuan dari segi kemudahan pendidikan dan kesihatan di kawasan tersebut.

“ Saya amat berbangga Syarikat Hap Seng Berhad telah menjayakan tanggungjawab sosial korporatnya di kawasan ini. Saya dan seluruh masyarakat Sukau amat berbangga dengan keupayaannya. Inilah satu contoh syarikat bukan kerajaan yang patut kita banggakan kerana jasanya di kawasan ini,” kata Saddi.
Saddi dan rombongannya diberi jamuan makan malam oleh pihak pengurusan Hap Seng. Rombongan tersebut turut bermalam di resort berkenaan dan bersahur bersama kakitangannya serta penduduk setempat.

Selesai.


Saddi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan kepada salah seorang penerima di Kampung Paris.

SUKAU :

“ Rakyat di kawasan ini cukup kuat untuk bersatu padu tetapi ianya bakal hancur jika ada diantara kita sanggup mengapi-apikan perpaduan yang sekian lama terjalin semata-mata kerana isu-isu remeh dan boleh diselesaikan secara bermuafakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman.
Beliau berkata, amat menjadi kewajiban seluruh rakyat mengekalkan perpaduan antara mereka, apalagi di antara mayarakat Bugis dan masyarakat orang Sungai yang sekian lama sama-sama mendiami kawasan Kampung Paris 1, 11 dan 111 di dalam kawasan Dun Sukau.


“ Masyarakat ini sudah amat akrab sekian lama, ibarat isi dan kuku. Jangan ada individu yang tidak bertanggungjawab mahu merosakkan perpaduan antara mereka.
“ Kalau kiranya ada aktiviti kemasyarakatan di setiap kampung-kampung ini, semuanya harus turun berganding bahu menjayakannya. Jangan lagi ada penduduk satu mukim menolak dan sebagainya kerana inilah tradisi kehidupan mereka sekian lama,” katanya ketika berucap padai majlis berbuka puasa dan tarawih anjuran beliau di Masjid Kampung Paris 1 di sini.
Saddi berkata demikian sebagai merujuk satu pertikaian kecil antara penduduk yang berpunca daripada masalah pertengkaran antara golongan remaja sekolah di kawasan itu baru-baru ini.
Katanya, dua masyarakat itu harus memandang ke hadapan bahawa soal perpaduan antara keperluan pokok yang bukan saja berperanan memajukan kawasan Sukau, tetapi juga membolehkan mereka mendapat bantuan yang lebih besar daripada kerajaan.


“ Maka itu saya tidak mahu perkara sebegini dibesar-besarkan. Sebaliknya seluruh masyarakat rapatkan barisan sebagai satu keluarga besaruntuk kita memperkuatkan pasukan demi mencapai kemajuan disasarkan dalam kawasan Sukau,” katanya.
Sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat di kawasan ini Saddi mahu perpaduan yang masih utuh antara rakyat di kawasan itu dapat menyediakan pelbagai pendekatan menjayakan kegiatan ekonomi yang menguntungkan sesama mereka secara berterusan, sesuai dengan tuntutan dunia dan akhirat.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau akan mengeluarkan satu peruntukan khas bagi memperbaiki masjid Kampung Paris 1 bagi membolehkan masyarakat Islam setempat mengerjakan ibadah dengan lebih selesa.
“ Saya juga akan mengenalpasti keperluan yang sama di Kampung Paris 11 dan 111 supaya mereka dapat melakukan ibadah dengan lebih baik khususnya di bulan Ramadhan dan sudah tentulah kemudahan ini amat memainkan peranan besar dalam menjayakan perpaduan rakyat di kawasan ini,” katanya,” katanya.


Selesai.