Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ramadhan 2010

Bacaan doa dimulakan semasa berbuka puasa bersama Yb Saddi
Yb Saddi menyampaikan sumbagan peribadi sempena ramadhan kepada skuad sayang, Pergerakan Wanita UMNO Kinabatangan yang diterima Puan faridah Tajim.

Yb Saddi menyampaikan sumbangan keperluan masjid Buangon Besar kpd salah seorang ahli jawatankuasanya


Saddi menyampaikan sumbangan kapada salah seorang penerima bantuan zakat daripada tabung Zakat Sabah di Masjid Boungon Besar, dalam kawasan pesisiran pantai Dun Sukau, Kinabatangan.

SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kaedah pentadbiran yang bersifat ‘ satu kapal dua nahkoda’ tidak akan mampu mengurus pembangunan kawasan ini secara berkesan dan pragmatik, melainkan ia dijenamakan semula melalui pengawasan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan.

Kata Saddi, sejak pengujudan Pejabat Daerah Tongod yang mentadbir sebahagian Kinabatangan, sebahagian kawasan Sukau khususnya melibatkan kawasan persisiran pantai tidak harus lagi diletakkan di bawah pengawasan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana ia boleh dilakukan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan (PDK) menerusi pentadbiran tersusun.

“ Bagaimanapun ketiadaan perancangan menstrukturkan semula pentadbiran pejabat daerah Kinabatangan sebelum ini menyebabkan nasib masyarakat nelayan yang terbiar di kawasan persisiran pantai ini gagal mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan.

“ Peruntukan untuk pembangunan dan sosio ekonomi masyarakat ini bukan saja sukar untuk diperolehi atas kekangan tertentu, tetapi bentuk, imej dan aspirasi pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan dan MPS yang berbeza dari segi bebanan dan tanggungjawab menghalang tumpuan pembelaan sepenuhnya terhadap rakyat di kawasan ini ,” kata Saddi.

“ Saya ambil contoh mudah saja. Di bawah pentadbiran ‘satu kapal dua nahkoda ini’ kalau kita mahu pencapaian pembangunan yang terbaik untuk rakyat di satu kawasan itu, tetapi kalau dua pihak yang diberi kuasa mentadbir sentiasa tidak sekata atas sebab-sebab munasabah, sampai bila-bila ia tidak akan berjaya. Suasana inilah yang membelenggu pembangunan kawasan Dun Sukau sekian lama,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baungun Besar di sini. Turut bersama beliau ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan itu, Sharin Haji Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Amirudin Mohd Damit, Pengerusi JKKK Abdullah Gani dan Ketua Kampung Haji Otoh Asnawi.

Saddi berkata, pembangunan infrastruktur yang terancang gagal disediakan di kawasan Dun Sukau sekian lama, walaupun kawasan Kinabatangan mampu menyediakan jumlah kutipan ses kelapa sawit berbilon ringgit setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu.

Walaupun diiktiraf kerajaan sebagai kawasan Dewan Undangan Negeri antara yang termiskin di Sabah sehingga kini, kata Saddi, kawasan ini akan bersaing hebat dengan kawasan-kawasan Dun lain untuk mendapat pembangunan.

SUKAU BAKAL TUMPUAN PELABUR INDUSTRI PELANCONGAN


KINABATANGAN:


Selama ini, Sukau mendapat jolokan "kampung mati" kerana jauh ketinggalan dari arus pembangunan walaupun menjadi tumpuan pelancong serata dunia berikutan keindahan khazanah alam yang dimilikinya. Bagaimanapun, tanggapan Sukau bakal berubah menjelang tahun depan apabila Sukau dinaik taraf menjadi pekan kecil beridentitikan bandar biodiversiti.


Kewujudan pekan baru itu dinantikan kira-kira 80,000 penduduk membabitkan 42 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau kerana menyedari ia bakal memberi manfaat besar, bukan saja terhadap pendapatan negeri tetapi juga masyarakat setempat. Keputusan meluluskan cadangan itu diumumkan kerajaan negeri pada Dewan Undangan (DUN) April lalu, melalui Majlis pecah tanah yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa di tapak Pekan Baru.


Antara lain, Musa menyatakan pembangunan Sukau akan menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing ke Sabah, terutama dalam industri pelancongan. "Kira-kira 15 pusat pelancongan sedia ada di Sukau mampu mendorong kepada peningkatan sosioekonomi dan taraf hidup penduduk. " Sukau berpotensi dibangunkan dengan industri pelancongan bernilai tinggi. Justeru, masyarakat setempatperlu memanfaatkan potensi sedia ada dan pantas memikirkan industri hiliran yang boleh dibangunkan.


"Ini adalah antara pendekatan kerajaan dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar" katanya.

Sukau terletak kira- kira 150 kilometer (KM) dari Sandakan dengan sebahagian besar penduduk adalah etnik Sungai yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti bertani dan menangkap hasil sungai. Berdasarkan statistik, purata kedatangan pelancong asing ke Sukau melebihi 35000 orang setahun selepas beberapa tempat menarik di kawasan itu diiktiraf sebagai destinasi perlancongan.


Antaranya Gua Gomantong yang terkenal sebagai pusat penuaian sarang burung, perkuburan kuno BatuTulug selain kepelbagaian hidupan liar seperti monyet bangkatan, gajah pigmy serta flora dan fauna. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Saddi Abdul Rahman, berkata impian mewujudkan pekan baru itu diidamkan sejak beliau menjadi Ahli majlis daerah Kinabatangan pada 2004.


Katanya, perlaksanaan pekan baru di kawasan seluas 64 hektar di Kg Sukau bakal dibagunkan secara berperingkat dan disusuli pembinaan pelbagai kemudahan asas. " Sebuah jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Kinabatanagan untuk memudahkan perhubungan dengan daerah lain termasuk Lahad Datu, semporna dan Tawau, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.


" selain itu, penduduk juga bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti bekalanair dan elektrik selaku fokus utama sebagai agenda pembangunan Sukau dalam jangka panjang. " Pelbagai pelaung ekonomi ini diharap akan menjadi faktor yang menarik golongan muda untuk bekerja di kampung halaman tanpa perlu berhijrah ke bandar," katanya.


Sementara itu, Ketua Kg Sukau, Shaharon Ahmad 67, berkata hasrat penduduk setempat mahu mengecap nikmat pembangunan di kawasan terbabit semakin menjadi kenyataan dengan adanya pembagunan pekan baru itu.


"Selama ini kami hanya mendengar cerita mengenai pembangunan dan pelbagai kemudahan. Syukurla kerana akhirnya kami juga akan menikmati makna pembangunan negeri dan negara. "Semua ini sewajarnya mendorong penduduk bekerja lebih kuat," katanya.