Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

YB SADDI MERASMIKAN HARI GURU SEKOLAH MENENGAH BUKIT GARAM


Saddi menyampaikan sijil penghargaan Anugerah Guru penyayang SMK Bukit Garam pada majlis itu.

Saddi menerima cenderahati daripada Mordin selepas merasmikan Hari Guru SMK Bukit Garam 11 di Bukit Garam, Kinabatangan.

BUKIT GARAM : Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pendidikan formal dalam negara hari ini telah menjadi kuasa penyatu masyarakat sebuah negara bangsa (binding force of unity) dengan keupayaannya mendidik murid tanpa mengira kaum demi, bagi memenuhi cita-cita nasional di bawah Gagasan Satu Malaysia.

Katanya, konsep menyediakan pendidikan untuk setiap rakyat menerusi peranan kementerian Pelajaran itu adalah amat significant dengan gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu ke arah meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa, setimpal kualiti pendidikan negara yang terus diperkasakan.

“ Terbukti pendemokrasian pendidikan dalam negara selama lebih lima dekat telah menjadi penyumbang pembangunan ekonomi dan peningkatan hidup rakyat tanpa mengira kaum. Pencapaian ini sekaligus membantu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan negara dengan berpaksikan perpaduan,” katanya.

Berucap merasmikan Hari Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam 11 di sini, Saddi berkata, focus pembangunan rakyat turut dicapai di kawasan Kinabatangan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang turut diterapkan dengan berjaya di kawasan luar bandar Sabah.

Katanya, adalah amat wajar bagi seluruh masyarakat memberi perhatian terhadap Sambutan Hari Guru pada setiap tarikh 16 Mei sebagai mengiktiraf sumbangan guru kepada pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia.

“ Maka walaupun SMK Bukit Garam ini bukan terletak di kawasan Dun Sukau atau pernah saya diduduki di zaman persekolahan, tetapi saya begitu menghargai semua guru-gurunya dan terima kasih kepada Pengetua, Haji Mordin Haji Daud kerana menjemput saya melancarkan hari penting ini,” katanya kepada lebih 1,000 gabungan guru, murid dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Ustaz Jumat Yusman serta kakitangan di bawah Unit PKR Dun Sukau.

Sehubungan itu beliau menggesa guru-guru memperkasakan azam serta iltizam mereka untuk terus mempertingkatkan prestasi pendidikan negara di kawasan ini, sesuai dengan ganjaran dan pengiktirafan yang diberikan pihak kerajaan serta masyarakat sekitar mereka.

“ Kita sentiasa berhadapan dengan zaman dan tuntutan persekitaran yang terus berubah. Maka itu para guru tanpa mengira di mana mereka ditugaskan perlu menghayati tanggungjawab dan amanah dengan sedar mereka adalah barisan hadapan negara dalam penyaluran ilmu pengetahuan yang tinggi kepada setiap generasi rakyat.

“ Kegagalan rakyat juga akan mencerminkan kegagalan guru dalam menerapkan ilmu pengetahuan, pada ketika kita sedang berlumba-luma mencapai kemajuan sains dan teknologi dengan negara lain.

“ Saya turut berbangga kejayaan Malaysia hari ini menduduki tempat ke 10 dalam pencapaian tahap ekonomi global dari kedudukan yang ke 18 sebelum ini, adalah kerana kebijaksanaan para perlaksana hasil dari penguasaan ilmu mereka berasaskan pendidikan dimliki,” kata Saddi.

Saddi kemudian menggesa seluruh masyarakat di kawasan Kinabatangan merebut peluang mempertingkatkan tahap pencapaian pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah yang sedang disediakan kerajaan, demi menguasai kemajuan yang lebih besar, seiring matlamat ke arah mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Selesai.

HARI BUMI KINABATANGAN

Saddi mendengar taklimat yang diberikan.
Bergambar bersama jawatankuasa dan pemimpin Umno bahagian. Saddi meneruskan ucapan bersemangat walaupun bekalan elektrik terganggu.


Saddi menerima cendarhati daripada Hamrah selepas merasmikan Jawatankuasa Biro Alam Sekitar sempena Hari Bumi dan salah satu program Juara Rakyat di Kampung Paris

Oleh Wira
SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, pemahaman serta anjakan pakradigma yang tinggi diperlukan rakyat di sini ke atas usaha pemuliharaan alam sekitar dan khazanah hutan berkekalan, demi memberi kesejhateraan ekonomi yang besar bukan saja terhadap mereka tetapi kepada kerajaan negeri.
Katanya, kedudukan kawasan ini sebagai antara distinasi pelanongan yang penting berasaskan kepelbagaian khazanah alam sekitar yang kaya dengan kelpebagaian bio (biodiversity) harus diterjemahkan rakyat menerusi tranformasi pemikiran ekonomi yang cemerlang demi kemajuan mereka.
“ Kepentingan tanggungjawab ini bukan saja di kalangan operator pelancongan, pencita alam dan rakyat di sini, tetapi bermula dari kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
“ Kita menyambut Hari Alam Sekitar dan Hari Bumi tidak semata-mata kerana tarikhnya 22 April setiap tahun, tetapi sejauhmana pencapaian kita melaksanakan tanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar secara mapan dan menerima limpahan hasil dari sudut perniagaan dan ekonomi macro,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jawatankuasa Biro Alam Sekitar Umno Bahagian Kinabatangan serta Pameran Alam Sekitar sempena Hari Bumi dan salah satu program Juara Rakyat dalam bidang Alam Sekitar, Peringkat Daerah Kinabatangan di Pentas Terbuka Kampung Paris 1, dalam kawasan Dun Sukau di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Biro Alam Sekitar Umno Bahagian Kinabatangan, Hamrah Haji Liwangsa, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Datuk NapsahDatuk Haji Pangiran Galpam, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Matmin Itin dan jawatankuasa biro berkenaan.
Kata Saddi, sebagai wakil rakyat mewakili kawasan yang kaya dengan kepelbagaian ekonomi berasaskan sumber alam serta perladangan itu. Beliau sentiasa menerima pandangan dan idea rakyat untuk kemajuan berasaskan bidang berkenaan.
Katanya, beliau sendiri telah sekian memikirkan kewujudan sebuah tranformasi ekonomi yang tinggi di kawasan ini berasaskan kepada kekayaan khazanah alam sekitar di sini termasuklah mengemukakan kepada kerajaan cadangan mengujudkan sebuah Gumantong Park.
Katanya, cadangan itu turut disusuli dengan usul mengujudkan sebuah sekolah melibatkan bidang sains perhutanan, bio diversity kepada kerajaan telah disampaikan pada Sidang Dewang Undangan Negeri minggu lepas.
“ Ada banyak lagi cadangan berkaitan dan usaha ini akan mampu memberikan lonjakan persekitaran ekonomi yang padu kepada kedudukan Sukau yang bakal memiliki sebuah Pekan Baru pada masa akan datang,” katanya.
Kata Saddi, beliau merasa gembira kerana pada Sidang Dewan Undangan Negeri itu kerajaan negeri telah meluluskan Pelan Cadangan Pekan Baru Sukau dan akan melaksanakan pembinaannya pada awal Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).
Katanya, keputusan kerajaan itu bukan saja bakal menjadikan cadangan menyaksikan perubahan pembangunan kawasan Sukau serta hasrat melihat usaha pengstukturan semula pentadbiran kerajaan bakal menjadi kenyataan, tetapi meyakinkan rakyat setempat bahawa apa juga rancangan boleh dilakukan dengan kesungguhan dan kerjasama pebagai pihak.
Kata Saddi, sebagai wakil rakyat yang datang daripada Parti Umno beliau sentiasa bekerja kuat dan berazam dalam meningkatkan kemajuan rakyat di kawasan ini, sejajar dengan aspirasi dan matlamat perjuangan parti itu.
“ Maka saya menghargai undangan jawatankuasa biro ini yang dipengerusikan Saudara Hamrah menjayakan program hari ini. Namun saya mengharapkan agar terus dilibatkan dalam semua aktiviti parti, khususnya Program Juara Rakyat. Walaupun tidak ada dalam kepimpinan Umno Bahagian Kinabatangan, saya masih merupakan Ketua Cawangan Kampung Perpaduan.
“ Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian dan semua pimpinannya kerana sudah dua kali mengundang saya menjayakan program Juara Rakyat dan saya percaya kerjasama ini memberikan banyak kebaikan,” katanya.

Selesai.